“Aneh Mahathir Pertikai Sistem Sama Ketika Jadi PM”

“Aneh Mahathir Pertikai Sistem Sama Ketika Jadi PM” - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Aneh Mahathir Pertikai Sistem Sama Ketika Jadi PM”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Aneh Mahathir Pertikai Sistem Sama Ketika Jadi PM”
link : “Aneh Mahathir Pertikai Sistem Sama Ketika Jadi PM”

Baca juga


“Aneh Mahathir Pertikai Sistem Sama Ketika Jadi PM”

PELIK… Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, tindakan Tun Mahathir Mohamad mempertikai sistem Pilihan Raya Umum (PRU) bukanlah dianggap luar biasa tetapi adalah sesuatu yang aneh.
Ini kerana sistem diguna pakai oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini adalah sistem yang sama telah mengangkat tokoh pembangkang tersebut mampu bertahan sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Malah jelas Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu, sistem sekarang telah diperkukuhkan menjadi lebih telus daripada era Mahathir dahulu sehinggakan peluang untuk mana-mana pihak cuba tipu boleh dikatakan tiada.

“Jadi bagaimana dia boleh kata pilihan raya ini konon tidak adil. Soalnya kenapa 22 tahun dia tidak komplen sistem pada masa itu dan sistem yang sama yang kita amalkan sampai hari ini malah lebih baik dari dulu,” ujar Najib.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional mendedahkan perkara itu ketika ditanya wartawan dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di ibu negara, hari ini.

Mahathir, 92, baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan sekumpulan duta dari negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dipercayai mendapatkan sokongan blok itu terhadap Pakatan Harapan yang diketuainya menghadapi PRU.

Mengenai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula, beliau mempersoalkan bagaimana parti itu mengadakan mesyuarat agungnya sedangkan tiada pun mesyuarat diadakan baik di peringkat cawangan mahu pun bahagian.

Pada masa yang sama, ketika ditanya apakah yang beliau tunggu untuk membubarkan Parlimen sedangkan ekonomi dan suasana politik negara berada dalam keadaan baik, Najib menjawab secara berseloroh, “tunggu ilham”.

Beliau bagaimanapun berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan jentera UMNO untuk berdepan dengan PRU ke-14 sambil berharap momentum sedemikian dipertahankan sehingga tarikh sebenar yang berlangsung nanti.

“Tahap kesiapsiagaan lebih tinggi hari ini. Mudah-mudahan kesungguhan ini diterus hingga Parlimen bubar nanti,” kata Najib merujuk Jawatankuasa Pengurusan UMNO diketuai timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Parlimen bakal bubar secara automatik pada 24 Jun ini membolehkan PRU ke-14 berlangsung kecuali pembubaran diperkenankan Yang di-Pertuan Agong lebih awal atas nasihat Perdana Menteri. 


Demikianlah Artikel “Aneh Mahathir Pertikai Sistem Sama Ketika Jadi PM”

Sekianlah artikel “Aneh Mahathir Pertikai Sistem Sama Ketika Jadi PM” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Aneh Mahathir Pertikai Sistem Sama Ketika Jadi PM” dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/aneh-mahathir-pertikai-sistem-sama.html

Subscribe to receive free email updates: