Anuar cipta sejarah

Anuar cipta sejarah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anuar cipta sejarah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anuar cipta sejarah
link : Anuar cipta sejarah

Baca juga


Anuar cipta sejarah

Bakal mencipta sejarah, penyanyi Anuar Zain buat pertama kalinya akan muncul dengan lagu khas dan dinyanyikan secara trio bersama penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma.

Anuar yang popular dengan lagu Sedetik Lebih itu berkata, dia menjanjikan satu persembahan hebat daripada mereka bertiga di Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live in Concert yang akan berlangsung pada 28 April ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Ini adalah sejarah kerana saya sendiri tak pernah membuat persembahan trio sebegini. Sebelum ini, saya pernah menyanyikan lagu secara duet tapi kalau bertiga, ini kali pertama.

“Judul lagunya masih lagi dirahsiakan, namun apa yang saya boleh janjikan ia akan menjadi satu persembahan yang akan sentiasa diingati penonton,” katanya.

Ini juga adalah kerjasama pertamanya bersama kedua-dua penyanyi wanita itu.

“Saya pernah mengenali Bunga menerusi suaminya, Ashraf Sinclair. Namun, kenal pun sekadar bertegur sapa dan belum pernah bekerja bersama.

“Yuka pula adalah penyanyi yang bakatnya tak perlu dinafikan. Cuma dia kurang diberikan peluang untuk menyerlah sedangkan dia sepatutnya sudah berada di satu tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Bercerita mengenai konsert , Anuar meluahkan rasa terujanya.

“Memang saya sangat teruja apabila berpeluang bekerjasama dengan mereka. Selain menimba pengalaman baru, saya juga ingin bertukar idea dengan mereka.

“Mereka pernah membuat persembahan di Indonesia dan tentunya penerimaan penonton di sana berbeza. Jadi, perbezaan itulah yang kita cungkil dan jadikan ilmu baru untuk ditambah,” katanya.

Menurut Anuar yang akan menyampaikan antara lima hingga tujuh lagu, akan ada elemen kejutan dan kelainan dari segi susunan muzik untuk lagu-lagunya.

“Saya yakin pengarah muzik yang bekerja untuk saya akan cuba sebaik mungkin untuk membuat susunan semula lagu-lagu yang akan disampaikan.

“Selain lagu saya, akan diselitkan lagu Indonesia untuk menyeimbangkan susunan putaran lagu dalam konsert berdurasi lebih dua jam itu,” katanya.

Kembali yakin selepas hilang suaraTahun lalu, Anuar terpaksa membatalkan tiga konsert berskala besarnya kerana mengalami masalah kehilangan suara.

Trauma dengan kejadian itu, dia kini membina semula keyakinannya untuk tampil membuat persembahan di pentas besar.

“Alhamdulillah, tahun ini saya kembali yakin untuk membuat persembahan berskala besar.

Sepanjang tahun lalu juga rasa trauma itu membuatkan dia tidak yakin untuk menyanyi walaupun sudah sembuh.

“Walaupun sudah sembuh pada penghujung tahun lalu, tapi saya tak yakin untuk menyanyi kerana tak mahu mengecewakan peminat. Saya tak mahu mengambil risiko untuk menyanyi kerana saya tahu kemampuan saya pada waktu itu.

“Saya mengikut nasihat doktor yang meminta saya berehat secukupnya. Alhamdulillah, semuanya kembali pulih dan kini insya-Allah dapat menyanyi seperti biasa,” katanya.

Apa pun, tentunya kehadiran Anuar pada konsert ini akan mengubat kerinduan peminatnya, sekali gus memberi peluang kepadanya untuk mendekati mereka.

The post Anuar cipta sejarah appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anuar cipta sejarah

Sekianlah artikel Anuar cipta sejarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anuar cipta sejarah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/anuar-cipta-sejarah.html

Subscribe to receive free email updates: