link : Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe
Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe
“Beliau sudah berubah dan komited terhadap agenda reformasi,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri prosiding mahkamah berkenaan tuntutannya terhadap kerajaan yang didawa mendapatkan pensabitan kes liwatnya menerusi penipuan.
Anwar yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat Dr Mahathir pada 1998, berkata, tidak adil membandingkan Dr Mahathir dengan Presiden Zimbabwe yang digulingkan tahun lepas, Robert Mugabe.
Katanya, Dr Mahathir bersedia membuat penyesuaian selepas menyertai pembangkang.
“Kerajaan juga sudah cukup memfitnahnya,” katanya.
Bulan lepas, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan, dinamakan sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang.
Pengumuman itu tidak diterima baik sesetengah pemimpin PKR yang bimbang agenda reformasi dikorbankan.
Sebelum itu di mahkamah, Anwar merayu kepada Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad untuk mendengar merit tuntutannya terhadap kerajaan yang didakwa mendapatkan pensabitan kes beliau meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan menerusi cara penipuan.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun atas tuduhan meliwat Saiful, bekas pembantunya. Beliau bakal akan dibebaskan 8 Jun ini.
Anwar berkata peguamnya sudah memeriksa tuntutan itu secara terperinci dan percaya ada isu yang perlu dibicarakan.
“Saluran apakah yang saya ada untuk mencari keadilan jika mahkamah tidak mahu mendengar tuntutan itu?” soalnya selepas Nik Hasmat mengundangnya untuk memberi sepatah dua kata kepada mahkamah selepas peguam yang mewakilinya dan kerajaan menghabiskan penghujahan mereka.
Anwar berkata tuntutannya harus didengar kerana terdapat bukti baharu untuk dikemukakan kepada mahkamah.
“Sejumlah wang yang besar ada bertukar tangan,” katanya, merujuk kepada satu lagi tuntutan difailkan olehnya yang mendakwa RM9.5 juta dibayar kepada peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwatnya.
Kerajaan sedang cuba membatalkan tuntutan itu kerana ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang wajar, bahawa beliau menamakan pihak yang salah dan tindakannya menghampiri hasutan. #sumber
Demikianlah Artikel Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe
Sekianlah artikel Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar: Tun Dr M Sudah 'Berubah', Tidak Adil Banding Beliau Dengan Mugabe dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/anwar-tun-dr-m-sudah-berubah-tidak-adil.html