ARAHAN MAHATHIR TIDAK DIENDAH, PH HANYA MAMPU SELESAI AGIH 35 KERUSI DUN SELANGOR

ARAHAN MAHATHIR TIDAK DIENDAH, PH HANYA MAMPU SELESAI AGIH 35 KERUSI DUN SELANGOR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ARAHAN MAHATHIR TIDAK DIENDAH, PH HANYA MAMPU SELESAI AGIH 35 KERUSI DUN SELANGOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ARAHAN MAHATHIR TIDAK DIENDAH, PH HANYA MAMPU SELESAI AGIH 35 KERUSI DUN SELANGOR
link : ARAHAN MAHATHIR TIDAK DIENDAH, PH HANYA MAMPU SELESAI AGIH 35 KERUSI DUN SELANGOR

Baca juga


ARAHAN MAHATHIR TIDAK DIENDAH, PH HANYA MAMPU SELESAI AGIH 35 KERUSI DUN SELANGOR

Kegagalan Pakatan Harapan menyelesaikan pengagihan kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti tarikh yang ditetapkan oleh Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuktikan empat parti pembangkang tiada kesepakatan.

Jika gabungan empat parti pembangkang gagal mencapai kata sepakat bagaimanapun mereka hendak memerintah negeri dan negara jika menang pilihan raya umum kelak.

Itu baharu pembahagian kerusi DUN dan Parlimen, belum lagi calon daripada parti masing-masing – DAP, PKR, PAN dan PPBM.

Dua hari lalu Dr. Mahathir yang dicalon sebagai ‘Perdana Menteri’ oleh Pakatan Harapan memberi tempoh sampai Rabu (semalam) untuk menyelesaikan agihan kerusi DUN.

Bagaimanapun Pakatan Harapan Selangor semalam hanya mampu menyelesaikan 35 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu.

Setiausaha Pakatan Harapan negeri itu, Zuraida Kamarudin memberitahu mesyuarat khas rundingan kerusi membabitkan parti komponen PH itu akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

“Agihan kerusi DUN Selangor sudah mencapai keputusan 62.5 peratus. Mesyuarat khas mengenai isu ini akan disambung esok dan lusa.

Jadi, kita harap penyelesaian agihan kerusi DUN sekurang-kurangnya mencapai antara 80 hingga 85 peratus pada minggu ini, katanya Zuraidah yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan selepas mesyuarat khas gabungan itu semalam.

“Baki 15 peratus itu kita akan cuba selesaikan pada minggu depan. Itu yang PH Selangor harapkan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh BH.

Beliau menjelaskan, mesyuarat itu tidak memanggil semua parti tetap ihanya melibatkan dua parti yang hendak bertanding di satu tempat yang sama.

Zuraidah yang juga anggota Parlimen Ampang berkata penyandang kerusi DUN akan kekal bertanding di kawasan sama, walaupun ia diminta parti lain.

Sebelum itu Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM mengakui mengakui terdapat masalah yang ‘rumit’ dalam pengagihan kerusi DUN di seluruh negara antara parti pembangkang.

Semasa menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang minggu lepas beliau menjelaskan pembahagian kerusi di negeri itu juga tidak dapat dimuktamadkan.

Isu tidak puas hati mengenai agihan kerusi antara parti dalam pakatan bermula sejak Konvensyen Pakatan Harapan awal bulan lepas dan kemuncaknya penyokong PPBM mengamuk kerana tidak puas hati semasa Konvensyen Pakatan Negeri Sembilan dua minggu lalu. – Kedahnews.com


Demikianlah Artikel ARAHAN MAHATHIR TIDAK DIENDAH, PH HANYA MAMPU SELESAI AGIH 35 KERUSI DUN SELANGOR

Sekianlah artikel ARAHAN MAHATHIR TIDAK DIENDAH, PH HANYA MAMPU SELESAI AGIH 35 KERUSI DUN SELANGOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ARAHAN MAHATHIR TIDAK DIENDAH, PH HANYA MAMPU SELESAI AGIH 35 KERUSI DUN SELANGOR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/arahan-mahathir-tidak-diendah-ph-hanya.html

Subscribe to receive free email updates: