Azizzul ‘bangun’

Azizzul ‘bangun’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azizzul ‘bangun’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azizzul ‘bangun’
link : Azizzul ‘bangun’

Baca juga


Azizzul ‘bangun’

Bukan marah, hanya sekadar kecewa dengan mentaliti segelintir peminat. Inilah yang dirasai Azizzul Haqim Md Anuwar, 28.

Meskipun muncul juara kategori Irama Malaysia program 3 Juara, Azizzul masih sukar memenangi hati peminat yang memandang sepi kehadirannya.

“Menerusi kemenangan ini saya bertanggungjawab memastikan genre Irama Malaysia terus diterima baik masyarakat di negara ini.

“Selepas 3 Juara melabuhkan tirainya, saya banyak berusaha sendiri untuk memastikan muzik warisan ini terus berkembang,” katanya.

Biarpun sedar bukan mudah untuk merealisasikan hasrat itu, Azzizul tetap bangkit meneruskan perjuangannya.

“Saya tak akan berputus asa. Ada segelintir pihak berusaha menaikkan kembali irama ini tetapi ia mengambil sedikit masa.

“Kena banyak sabar dan terus giatkan usaha,” katanya.

Enggan mempersia-siakan bakatnya, anak muda ini mengambil keputusan menyertai program Dangdut Academy Asia 3 di Indonesia.

“Ternyata muzik Melayu jadi perhatian dan dilabel sebagai muzik yang ada ‘kelas’ di sana. Peminat negara itu menghargai bakat yang boleh menyanykan lagu tradisional Melayu.

“Ia secara tidak langsung membuka peluang saya mencipta nama di sana,” katanya.

Tindakan berani Azizzul membuahkan hasil apabila memperolehi gelaran Juara 5 Dangdut Academy Asia 3 mewakili Malaysia.

“Apabila masuk DAA3, barulah peminat tempatan kenal saya. Program 3 Juara mengangkat saya sebagai juara Irama Malaysia, tapi saya masih tak dapat perhatian di negara sendiri.

“Namun apabila berjaya menjadi Juara 5 Dangdut Academy Asia 3, barulah sedikit demi sedikit peminat di Malaysia sedar kewujudan saya dalam industri,” katanya yang sering diundang menjayakan persembahan di stesen Indosiar.

Dalam pada itu, Azizzul akan tampil dengan single pertama berkonsep fusion Irama Malaysia berjudul Pemimpi ciptaan Ijan Perkusi dan lirik oleh Che Kem.

“Muziknya masih mengekalkan unsur tradisi tapi disesuaikan dengan arus muzik semasa.

“Senang cerita, ada sentuhan pop tapi vokal saya masih mengekalkan lenggok Irama Malaysia,” katanya.

Menurutnya, single itu sudah 80 peratus siap dan hanya menunggu proses adunan serta pemilihan label saja.

“Liriknya mengisahkan cinta yang sia-sia. Saya keluarkan modal sendiri untuk single ini dan mendapatkan bantuan Pak Ngah Suhaimi sebagai penasihat.

“Sebagai orang baru, saya memang selalu merujuk Pak Ngah dalam hal berkaitan seni,” katanya

The post Azizzul ‘bangun’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Azizzul ‘bangun’

Sekianlah artikel Azizzul ‘bangun’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azizzul ‘bangun’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/azizzul-bangun.html

Subscribe to receive free email updates: