link : Azmin Badut, PAN Penipu Perlihat Betapa Celaru Dan Lawaknya Pakatan Pembangkang Rebut Kerusi
Azmin Badut, PAN Penipu Perlihat Betapa Celaru Dan Lawaknya Pakatan Pembangkang Rebut Kerusi
KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Pakatan Harapan khususnya di Selangor dilihat semakin celaru dan penuh lawak apabila setiap kepimpinan parti membuat kenyataan yang saling bercanggah berhubung isu pembahagian kerusi yang masih tidak selesai biarpun pilihanraya umum akan berlangsung tidak lama lagi.
Menurut beliau, pertelingkahan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang membuat kenyataan pedas kepada parti PAN, telah mengundang reaksi daripada kepimpinan PAN membuat kenyataan balas dengan menyifatkan Menteri Besar Selangor itu bagaikan badut yang suka membuat lawak.
“Kita dapat lihat hari ini pemimpin pakatan harapan di Selangor buat kenyataan seorang ke utara, seorang ke selatan dalam soal pembahagian kerusi ini. Bermula dengan kenyatan Azmin kepada PAN, kemudiannya diikuti oleh kenyataan Dap dan hari ini pula disusuli oleh kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menafikan berlakunya rundingan berhubung pembahagian kerusi dengan Dr Mahathir, kesemuanya saling bercanggah antara satu sama lain.
“Dan rakyat dapat melihat perbalahan dan percanggahan yang berlaku ini kerana mereka berbalah secara terbuka. Ini bagi saya petanda jelas, bahawa Pakatan Harapan di Selangor semakin lama semakin mengarut, apabila mereka sendiri mula berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri hanya kerana semata-mata untuk berebut kuasa di peringkat DUN.
“Rakyat perlu menilai, apakah begini tahap profesionalisme pakatan parti politik yang kita mahu berikan kuasa untuk memerintah negeri?
“Sebab itu kita dapat lihat, Selangor tidak membangun dengan yang sepatutnya di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Azmin Ali. Malah kebajikan rakyat terutama golongan berpendapat rendah juga tidak terjaga. Inilah akibatnya jika kita memilih parti politik yang tidak cekap mentadbir dan hanya tahu berpolitik adu domba sahaja,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang menjangkakan perebutan kerusi-kerusi di negeri Selangor ini tidak akan selesai biarpun Dr Mahathir sebelum ini membuat kenyataan bahawa isu pembahagian kerusi di Selangor akan selesai.
“Apakah Dr Mahathir merasakan mereka ini semua akan tunduk kepadanya? Dr Mahathir perlu ingat, mereka ini adalah penentangnya. Kewujudan PKR itu sendiri merupakan simbol penentangan terhadap beliau. Bukan mudah untuk beliau menyelesaikan isu pembahagian kerusi ini, kerana ianya gagal diberikan secara adil dengan permuafakatan bersama.
“Biarpun Dr Mahathir boleh membuatkan mereka bersetuju dengan pembahagian kerusi di peringkat pemimpin atasan, belum tentu lagi beliau mampu untuk memuaskan hati ahli dan para penyokong di peringkat bawahan.
“Inilah yang terjadi di Negeri Sembilan baru-baru ini sehingga ada yang mengamuk dan berlakunya kejadian membaling kerusi kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi yang dilakukan oleh PH negeri,” jelasnya.-MediaUMNO

Demikianlah Artikel Azmin Badut, PAN Penipu Perlihat Betapa Celaru Dan Lawaknya Pakatan Pembangkang Rebut Kerusi
Sekianlah artikel Azmin Badut, PAN Penipu Perlihat Betapa Celaru Dan Lawaknya Pakatan Pembangkang Rebut Kerusi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin Badut, PAN Penipu Perlihat Betapa Celaru Dan Lawaknya Pakatan Pembangkang Rebut Kerusi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/azmin-badut-pan-penipu-perlihat-betapa.html