link : Bahagia jangan ditunjuk, nanti orang curi: Fasha Sandha
Bahagia jangan ditunjuk, nanti orang curi: Fasha Sandha
AKTRES versatil, Fasha Sandha memberitahu pada fasa sekarang, dia lebih gemar untuk klasifikasikan hubungan dengan seseorang lelaki itu sebagai tidak lebih daripada berkawan rapat sahaja.
Biar mengakui hidupnya kini tidak lagi sunyi, Fasha bagaimanapun mengambil pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen terperinci mengenai siapakah lelaki dimaksudnya.
Fasha berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di malam gala tayangan filem terbaru lakonannya, Badang di mmCineplex, Damansara eCurve, baru-baru ini.
Kongsi pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan,33, ini lagi, dia juga tidak cerewet untuk memilih teman lelaki, cuma apa yang boleh dikatakan pada masa kini ialah masih di peringkat berkawan.
“Target untuk tamatkan zaman solo dalam satu atau dua tahun lagi, Insya-ALLAH. Kalau yang dikatakan rapat dengan saya itu tidak boleh sabar, saya okay saya sebab masih pada fasa berkawan. Malah pihak pengurusan sendiri pun tidak tahu saya berkawan dengan siapa. Hanya saya saja. Kita takut untuk reveal bimbang nanti tak jadi.
“Bahagia kita, jangan ditunjuk nanti orang curi. Derita kita jangan bagitahu kat semua, nanti orang keji. Jadi, bahagia kita simpanlah untuk kita dulu sikit-sikit. Bila rasa sudah confirm, baru kongsi. Tapi saya happy sekarang sebab sudah tidak lagi rasa lonely,”kongsi Fasha sambil ketawa kecil.
Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua cahay amata ini kini sibuk menjalani penggambaran untuk sebuah drama bersiri, Teratai Kemboja selain sedang menantikan tayangan sitkom sulung terbitannya, Mamu Mami Gosip yang bakal bersiaran di RTM tidak lama lagi.
“Alhamdulillah, kami berjaya habiskan penggambaran seperti mana yang dirancang. Saya anggap penerbitan sitkom tersebut sebagai rezeki anak-anak dan sebagai produser, antara cabaran baru yang saya timba ialah kita perlu menjaga hal ehwal setiap artis terlibat.
“Saya okay dan tiada masalah untuk berlakon dengan mana-mana muka baru. Sebelum ini pun, saya pernah begandingan dengan hero baru juga. Meski mereka baru, tetapi berusaha memberikan yang terbaik. Bagi saya, Datuk Aliff lulus sebagai seorang pelakon,” akui Fasha yang mendukung watak sebagai Tisya menerusi filem super hero Badang yang bakal menjengah pawagam pada 15 Februari depan.
The post Bahagia jangan ditunjuk, nanti orang curi: Fasha Sandha appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bahagia jangan ditunjuk, nanti orang curi: Fasha Sandha
Anda sekarang membaca artikel Bahagia jangan ditunjuk, nanti orang curi: Fasha Sandha dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/bahagia-jangan-ditunjuk-nanti-orang.html