Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton

Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton
link : Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton

Baca juga


Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton

Sentuhan dan kreativiti pereka fesyen terkemuka, Datuk Seri Bernard Chandran memang tidak sangkal. Malah ramai pelanggan tempatan mahupun antarabangsa termasuklah kerabat diraja Brunei juga mengagumi hasil rekaannya.

Terbaru, hasil kerjanya turut dikagumi kerabat diraja British. Kerabat diraja yang dimaksudkan adalah Duchess of Cambridge, yang dikagumi sebagai ikon fesyen.

Menurut laporan mStar online, pada Isnin lalu, Bernard mempersembahkan rekaannya kepada Kate Middleton, 36, yang juga isteri kepada Putera William di Istana Buckingham, London, bersama dengan pereka terkenal lain, termasuk Stella McCartney (mewakili United Kingdom), di majlis resepsi Commonwealth Fashion Exchange (CFE).

Bernard adalah wakil tunggal dari Malaysia.

Pereka fesyen berusia 50 tahun itu memuat naik tiga gambarnya sedang berbual dengan Kate di Instagramnya sambil menyatakan kegembiraannya menerusi keterangan gambar ‘dia ingin tahu lebih banyak’ yang semuanya ditulis dalam huruf besar.

..

Rekaannya terdiri daripada ‘dress bustier’ dan kot labuh yang diperbuat daripada songket.

Dalam temu bual dengan platform digital gaya hidup Buro 24/7 Malaysia sebelum acara itu, Bernard berkata beliau teruja untuk mempamerkan rekaan yang menggabungkan elemen tradisi dan budaya Malaysia dalam suasana baharu.

..

“Saya telah meneroka banyak tekstur dan material termasuk songket, tekstil brokat tradisional orang Malaysia yang biasanya ditenun tangan dan dihiasi corak rumit benang emas atau perak, disukai kebanyakan kerabat,” katanya.

Beliau berharap apa yang dilakukan ini dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terus berbangga dengan budaya mereka.

“Tradisi yang mungkin dianggap biasa dan membosankan kepada sesetengah orang boleh diberi sentuhan moden dan ‘nouveau’ (terkini) yang bersifat antarabangsa,” kata Bernard.

CFE adalah satu projek yang bertujuan untuk meraikan bakat fesyen dan rekaan yang diiktiraf melibatkan 53 negara.

Dari Buckingham Palace, rekaan untuk CFE akan dipindahkan ke lokasi lain sekitar London untuk tontonan awam pada April.

The post Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton

Sekianlah artikel Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bernard Chandran Persembahkan Rekaan Kepada Kate Middleton dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/bernard-chandran-persembahkan-rekaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :