Biarlah bakat jadi bukti

Biarlah bakat jadi bukti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biarlah bakat jadi bukti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biarlah bakat jadi bukti
link : Biarlah bakat jadi bukti

Baca juga


Biarlah bakat jadi bukti

BIARPUN lakonannya sebagai Ella dalam filem Rock Bro mendapat pujian ramai pihak namun Amy Juliet akur nasib belum menyebelahinya untuk dikenali peminat dunia seni tempatan.

Menerusi filem pecah panggung arahan Mamat Khalid ini, Amy atau nama sebenarnya

Roziana Ali, 30, turut menunjukkan kebolehannya menyanyi apabila menyampaikan lagu Sembilu nyanyian asal Ratu Rock itu.

“Syukur ramai yang puji kata saya berjaya menghidupkan watak ini. Cuma berlaku kesilapan apabila penerbit terlepas pandang meletakkan nama saya di sepanduk dan poster filem ini sedangkan watak saya boleh dikatakan agak besar.

“Apabila abang Mamat pergi mesyuarat bersama penerbit terbabit, barulah perkara ini diberitahu namun sudah terlambat kerana semua poster sudah dicetak,” katanya.

Menurutnya, rata-rata peminat mahu mengenalinya dengan lebih mendalam selepas itu tetapi mengalami kesukaran mencari profilnya.

“Orang tidak kenal siapa saya dan susah untuk “follow” saya di Instagram dan Facebook. Begitu juga dengan syarikat produksi yang hanya kenal saya selepas melihat profil seni.

“Apabila ada program yang menjemput saya sebagai tetamu dan babak filem ini ditayangkan sebagai imbas kembali, barulah orang tahu saya yang membawakan watak Ella dalam Rock Bro,” katanya kepada Harian Metro.

Amy berkata, selepas Rock Bro, dia terus berlakon di bawah arahan Mamat Khalid antaranya dalam telefilem 16 Puasa dan filem Semerah Darah.

“Syukur dia masih beri kepercayaan saya berlakon dengan produksinya. Ramai juga peminat bertanya bila saya nak bawa sekuel watak Ella kerana mereka nak lebih daripada itu, tetapi ia di luar bidang kuasa saya.

“Saya sendiri pun tengah berusaha sedaya upaya untuk dikenali dalam industri ini. Tidak dinafikan saya gembira dengan kehendak peminat. Cuma, saya nak mereka tahu bahawa saya bukan hanya boleh jadi Ella tetapi mampu membawakan pelbagai watak lain.

Amy juga menafikan dirinya terikat dengan produksi Mamat Khalid dan bebas berlakon dengan mana-mana produksi sekiranya diberi peluang.

Dalam perkembangan lain, Amy Juliet juga sudah menghasilkan single berjudul Dusta yang akan menemui peminat tidak lama lagi.

The post Biarlah bakat jadi bukti appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Biarlah bakat jadi bukti

Sekianlah artikel Biarlah bakat jadi bukti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biarlah bakat jadi bukti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/biarlah-bakat-jadi-bukti.html

Subscribe to receive free email updates: