link : ‘Bila tengok ombak tinggi memang akan rasa takut’
‘Bila tengok ombak tinggi memang akan rasa takut’
PELAKON Shukri Yahaya memang cukup dikenali sebagai seorang yang lasak dan sangat menggemari sukan ekstrem.
Selain aktif dengan aktiviti perlumbaan kereta, pelakon yang kini hangat dengan drama terbaru lakonannya, Tiada Arah Jodoh Kita, mengakui punya hobi baru iaitu meluncur ombak.
Minat tersebut bermula selepas Shukri menjalani penggambaran filem Surf The Love yang bakal menemui penonton pada 22 Februari ini.
“Saya memang meminati sukan lasak, namun tidak pernah terlibat atau pun mencuba sukan luncur ombak sebelum ini sehinggalah terlibat dalam filem Surf The Love.
“Ketika proses pembikinan filem ini saya banyak belajar tentang aktiviti luncur ombak malah turut berpeluang melakukan beberapa aksi di lokasi popular aktiviti ini iaitu di Bali bersama dengan mereka yang profesional dalam bidang ini.
“Bila tengok ombak tinggi memang akan ada rasa takut, tapi bila kita dah mula main memang ia satu aktiviti yang sangat menyeronokkan dan dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri,” ujarnya teruja.
Disebabkan minat itu juga, Shukri sanggup membeli papan luncur sendiri untuk meneruskan minat tersebut dan menjadikan ia sebagai hobi barunya.
The post ‘Bila tengok ombak tinggi memang akan rasa takut’ appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel ‘Bila tengok ombak tinggi memang akan rasa takut’
Anda sekarang membaca artikel ‘Bila tengok ombak tinggi memang akan rasa takut’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/bila-tengok-ombak-tinggi-memang-akan.html