Buat amal di Bangladesh

Buat amal di Bangladesh - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buat amal di Bangladesh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buat amal di Bangladesh
link : Buat amal di Bangladesh

Baca juga


Buat amal di Bangladesh

Populariti mampu mengundang dua kemungkinan sama ada melalaikan atau mungkin juga platform melakukan kebaikan.

Bagi artis serba boleh Datuk Afdlin Shauki, dia memilih menggunakan populariti yang diraihnya dalam industri untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Apa guna Allah beri populariti sekiranya tidak digunakan dengan sebaik mungkin? Takkan kita nak senang seorang diri?

“Pada saya, Allah berikan kita ramai peminat dan pengikut adalah untuk membuka mata banyak pihak serta melakukan kebaikan,” katanya.

Menurut Afdlin, jika dulu lebih memberi perhatian kepada kerjayanya sebagai artis, kini dia menikmati kehidupan lebih seimbang.

“Kalau waktu bekerja sebagai artis dan penghibur, saya akan tampil dengan imej sepatutnya.

“Namun, di luar waktu kerja saya sama seperti orang lain. Perhatian saya juga tidak hanya tertumpu kepada kerja glamor semata-mata tetapi turut menyertai misi bantuan kemanusiaan,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai program kemanusiaan, Afdlin yang juga pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS) kini bekerjasama dengan dua organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Kubra dan Into Taqwa.

“Kami kini sedang mengumpul dana RM300,000 bagi misi bantuan pelarian Rohingya di Bangladesh.

“Di sana akan disalurkan bantuan makanan dan perubatan. Selain itu, dana yang terkumpul itu juga akan digunakan untuk membina surau, sekolah dan tandas wanita,” katanya.

Ditanya mengapa pihaknya memilih Rohingya sebagai penerima bantuan, Afdlin berkongsi beberapa maklumat yang diterimanya daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Pihak PBB ada mengeluarkan satu kenyataan bahawa Rohingya adalah etnik yang paling dizalimi pada abad ini.

“Saya terpanggil menggerakkan satu program bagi membantu mereka. Bukan kerana agama semata-mata, tetapi atas dasar kemanusiaan,” katanya.

Ditanya mengenai isu etnik Rohingya yang dianggap sering menimbulkan masalah apabila bekerja di Malaysia, Afdlin berkata masyarakat tidak boleh terlalu cepat menjatuhkan hukum.

“Sebab itulah saya tekankan di sini, kita akan beri bantuan kepada pelarian Rohingya yang memerlukan dan lari ke Bangladesh.

“Kalau yang bekerja di sini, ertinya mereka ada pekerjaan dan pendapatan. Tidak semua orang Rohingya bersikap sedemikian.

“Takkanlah kerana segelintir bersikap buruk kita perlu ketepikan 1.2 juta pelarian lain yang bertarung nyawa untuk hidup di kem pelarian,” katanya.

Afdlin dan pasukannya yang turut disertai beberapa rakan artis akan ke Bangladesh untuk memberikan bantuan pada 17 Mac ini.

“Buat masa sekarang, antara rakan artis yang akan turut serta ialah Datuk Zainal Abidin, Datuk AC Mizal dan Mizz Nina.

“Kami akan cuba bawa seramai mungkin sukarelawan dari Malaysia untuk memudahkan kerja bantuan di sana,” katanya.

The post Buat amal di Bangladesh appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Buat amal di Bangladesh

Sekianlah artikel Buat amal di Bangladesh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buat amal di Bangladesh dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/buat-amal-di-bangladesh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :