“Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli

“Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli
link : “Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli

Baca juga


“Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli

PENYANYI Haqiem Rusli memberitahu penyebaran foto dia sedang mengerjakan solat di belakang pentas baru-baru ini bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Haqiem berkata, dia tidak mengetahui gambar tersebut dirakam oleh seorang peminat ketika dia menjayakan program anjuran sebuah majalah hiburan.

“Sejujurnya saya tak ada niat nak menunjuk-nunjuk atau riyak dengan bersolat di belakang pentas.

“Malah, saya pun tak tahu bila gambar tersebut diambil oleh peminat dan tiba-tiba ia tersebar di laman sosial,” katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Jatuh Bangun ini turut memberitahu dia mempunyai sebab dan alasan bersolat di ruangan kecil tersebut.

“Sebenarnya saya dah terlambat mengerjakan solat ketika itu dan kedudukan surau pula agak jauh dari pentas.

“Jadi saya memilih untuk bersolat di ruangan kecil di belakang pentas kerana tidak mahu terkejar-kejar.

“Kalau saya memilih bersolat di surau, pasti akan mengambil masa yang agak lama kerana perlu bertemu peminat dan bimbang jika wuduk terbatal kerana bersentuhan dengan bukan mahram,” ujarnya.

Dalam pada itu, remaja berusia 18 tahun ini berkata dia tidak memarahi peminat yang memuat naik foto tersebut kerana berasakan ia turut bermanfaat kepada orang lain.

Ujarnya, perkongsian tersebut tidak membawa maksud negatif dan berharap mampu menyedarkan masyarakat mengenai kewajiban bersolat.

“Saya tak marah orang yang ambil gambar itu kerana ia secara tak langsung membuka mata masyarakat mengenai kewajiban menunaikan solat.

“Tak kira kita berada di mana sekalipun, kalau tempat itu bersih, tak salah untuk kita bersolat.

“Moga-moga apa yang dikongsikan oleh peminat itu membawa manfaat kepada semua dan jadikan ia pengajaran untuk kita semua,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Haqiem bakal melancarkan mini album yang mengandungi enam buah lagu tidak lama lagi. Lebih istimewa, dia turut mencipta sebuah lagu berbahasa Inggeris istimewa untuk peminat berjudul Qiemilio.

The post “Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli

Sekianlah artikel “Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Bukan Menunjuk, Takut Batal Wuduk” – Haqiem Rusli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/bukan-menunjuk-takut-batal-wuduk-haqiem.html

Subscribe to receive free email updates: