Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri

Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri
link : Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri

Baca juga


Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berharap keputusan mereka tidak membawa dua anak angkat mereka sama-sama bercuti ke luar negara tidak menimbulkan sangkaan negatif hanya kerana status bayi-bayi itu sebagai anak angkat.

Menurut laporan mStar online, Shahida berkata Ameena dan Qayyum tidak boleh ke luar negara kerana masih terikat dengan peraturan ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Justeru kedua-dua bayi berkenaan tidak dapat menyertai percutian mereka sekeluarga ke London, United Kingdom sejak Sabtu lalu.

“Penat dah saya terangkan, Qayyum dan Ameena tidak boleh dibawa ke luar negara selama dua tahun kerana masih di bawah jagaan JKM, selepas tempoh tersebut barulah boleh buat pasport.

“Memandangkan Ameena bukan warganegara Malaysia, dia mungkin dibenarkan membuat pasport setelah berusia 18 tahun. Buat masa ini kita ikut sahaja syarat yang telah ditetapkan.

“Jangan buat andaian mengatakan kami tak bawa sekali sebab mereka anak angkat. Kalau boleh kami nak bawa semua ke sini,” katanya sekaligus menjawab persoalan pengikut semasa sesi siaran langsung di laman Instagram milik suaminya pada Selasa.

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan nasyid Solehah ini berharap netizen supaya berhenti melemparkan tohmahan dan kritikan tidak berasas kepada suami dan keluarganya.

Shahida dan Aliff Syukri Kamarzaman, 31, berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 5 bulan dan Qayyum hampir tiga bulan.

The post Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri

Sekianlah artikel Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali – Isteri Aliff Syukri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/bukan-tak-mahu-bawa-ameena-qayyum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :