Dikritik peminat Prince

Dikritik peminat Prince - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dikritik peminat Prince, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dikritik peminat Prince
link : Dikritik peminat Prince

Baca juga


Dikritik peminat Prince

Tindakan Justin Timberlake menyanyi lagu mendiang Prince pada persembahan separuh masa Super Bowl 2018 kurang mendapat restu khususnya peminat Prince.

Menyampaikan lagu baru dan lama, Timberlake turut mempersembahkan lagu I Would Die For You sebagai ‘tribute’ kepada penyanyi legenda itu.

Persembahannya turut diiringi video yang memaparkan Prince menyanyikan lagu klasik itu. Beberapa kawasan di luar stadium berkenaan turut dilimpahi lampu berwarna ungu sebagai sebahagian daripada pesembahan terbabit.

Kehebatan persembahan itu berjaya menutup mulut segelintir peminat Prince yang tidak bersetuju dengan cadangan awal Timberlake untuk menggunakan hologram.

Terdahulu, penyanyi terbabit menyatakan hajatnya mahu menggunakan hologram wajah Prince dalam persembahan ‘tribute’ berkenaan.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku malah Prince sendiri sebelum ini pernah berkata menggunakan hologram untuk mewakili artis yang sudah meninggal adalah satu ‘imaginasi’ jahat.

Meskipun menukar konsep pada saat akhir, ia masih tidak dapat memuaskan hati ramai peminat Prince. Mereka meluahkan rasa tidak puas hati itu di Twitter sejurus persembahan Timberlake.

Persembahan terbabit itu berlangsung selepas kisah perselisihan faham antara Timberlake dan Prince hampir sedekad lalu dibongkar kembali.

Sewaktu Timberlake tampil dengan lagu SexyBack, Prince dikatakan mempersendakan karya itu. Timberlake kemudian membalas gurauan Prince ketika menerima anugerah pada 2007.

Di laman Twitter, beberapa peminat menyuarakan pandangan Prince pasti tidak suka dengan persembahan Timberlake. Ada yang berseloroh Prince akan menghantui hidup Timberlake.

Terdahulu, rakan Prince iaitu Shiela E mengakui ada bercakap dengan Timberlake mengenai ‘tribute’ itu. Menghormati mendiang, mereka bersetuju untuk tidak menggunakan hologram.

The post Dikritik peminat Prince appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dikritik peminat Prince

Sekianlah artikel Dikritik peminat Prince kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dikritik peminat Prince dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/dikritik-peminat-prince.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :