Dunia seni, perniagaan Nad Zainal

Dunia seni, perniagaan Nad Zainal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dunia seni, perniagaan Nad Zainal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dunia seni, perniagaan Nad Zainal
link : Dunia seni, perniagaan Nad Zainal

Baca juga


Dunia seni, perniagaan Nad Zainal

BIARPUN kini sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan yang diusahakan bersama seorang rakan, Nad Zainal mengakui tidak pernah berhasrat meninggalkan kerjaya lakonan yang telah menjadi minatnya sejak dulu.

Malah Nad yang kini sibuk di set penggambaran telefilem komedi untuk siaran hari raya iaitu Raya Timah dan Raya Tina, turut menafikan memperlahankan aktiviti lakonannya.

Menurut Nad, dia hanya mengehadkan kerjayanya dalam bidang seni ketika sedang hamil dan dalam proses berpantang cahaya mata sulungnya lebih setahun lalu.

Kini, biarpun sibuk dengan perniagaan dan bergelar isteri dan ibu, Nad meneruskan kerjaya yang memang menjadi minatnya dan bagi pelakon kecil molek ini, masa tidak menjadi masalah selagi bijak menguruskan jadual.

“Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar kerana saya juga mempunyai team sendiri dalam urusan perniagaan dan semestinya saya cuba menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dalam apa saja yang dilakukan,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin ini, mungkin anggapan sebegitu timbul kerana ada drama lakonannya lambat disiarkan di kaca TV dan mungkin ada yang terlepas menonton.

“Saya berlakon seperti biasa dan terlibat dalam beberapa drama TV sepanjang tahun lalu seperti Playboy Di Mindaku, Jurnal Untuk Suraya, Girlfriend Aku Dari Neraka dan beberapa lagi.

“Sepanjang bulan ini pula saya sibuk di beberapa lokasi penggambaran untuk siaran pada bulan puasa dan raya nanti.

“Saya tak buat semua, tetapi memilih naskhah yang berbaloi dengan penglibatan saya dari segi skrip, jalan cerita dan sebagainya,” ujar Nad yang sentiasa komited dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

‘Lakonan adalah jiwa saya’
Tidak sekadar itu, pelakon kecil molek yang merupakan lulusan Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini juga aktif dalam lakonan pentas.

Antaranya seperti Muzikal Tun Razak, Maduku Kalut, Diari Wanita: Episod Kak Ani dan Nyonya, Ombak Rindu Tiada Penghujung dan lain-lain.

Lebih menarik Nad juga pernah diberi kepercayaan menjadi juri mengadili pementasan penilaian teater pelajar di institut pengajian tinggi.

“Lakonan adalah jiwa saya dan gembira dapat buat apa yang saya suka dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Suami memahami dan keluarga juga sentiasa memberikan sokongan sejak awal saya bergelar pelakon sehinggalah sekarang,” ujarnya yang telah membintangi lebih 60 drama dan telefilem.

Selain sibuk dengan kerjaya seni, Nad juga mahu fokus kepada bidang perniagaan yang telah diceburinya lebih dua tahun lalu menerusi produk kecantikannya sendiri atas jenama Audela.

Dalam tempoh tersebut, Nad bersama rakan kongsinya berusaha memberikan yang terbaik agar apa yang diusahakan mereka membuahkan hasil yang diharapkan.

“Pada mulanya takut juga nak terlibat dengan perniagaan kerana saya risau berdepan dengan kekangan masa dan seterusnya mengganggu kerjaya lakonan saya.

“Namun sebagaimana yang saya katakan tadi, pengurusan masa amat penting dalam apa pun yang kita buat dan saya sentiasa menjaga perkara itu.

“Kami membahagikan tugasan mengikut kelebihan masing-masing di mana saya bertanggungjawab untuk bahagian promosi yang memudahkan saya untuk bekerja dari mana sahaja mengikut kelapangan masa saya,” kata Nad yang bangga dengan produk Audela yang kini semakin mendapat tempat.

Meski masih baru dan berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perniagaan, Nad yakin misinya untuk meluaskan pasaran produknya bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti.

“Alhamdulillah selepas dua tahun terlibat dalam bidang perniagaan, banyak benda yang saya belajar untuk memajukan diri dan sekali gus meletakkan misi yang ingin dicapai dalam bidang ini.

“Tak mudah untuk bertahan sehingga ke tahap ini, namun saya mengharapkan jenama kami dapat masuk farmasi selepas ini dan seterusnya meluaskan pasaran ke negara luar, Insya-ALLAH,” katanya penuh harap.

Berkongsi tentang kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu, Nad mengakui bertuah kerana suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin banyak membantu selain memahami dirinya.

“Semestinya bila ada anak, kehidupan kita agak berubah terutamanya dari segi tanggungjawab dan keutamaan kita.

“Namun saya gembira melaluinya bersama suami yang sangat memahami dan kami masing-masing berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak,” kata ibu kepada Fahad Ibrahim yang menginjak

usia setahun pada Oktober lalu.

The post Dunia seni, perniagaan Nad Zainal appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dunia seni, perniagaan Nad Zainal

Sekianlah artikel Dunia seni, perniagaan Nad Zainal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dunia seni, perniagaan Nad Zainal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/dunia-seni-perniagaan-nad-zainal.html

Subscribe to receive free email updates: