Dzawin semakin diterima peminat Malaysia

Dzawin semakin diterima peminat Malaysia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dzawin semakin diterima peminat Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dzawin semakin diterima peminat Malaysia
link : Dzawin semakin diterima peminat Malaysia

Baca juga


Dzawin semakin diterima peminat Malaysia

PELAWAK Indonesia, Dzawin Nur Ikram, 27, atau lebih mesra disapa Dzawin mengakui kini sering berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia kerana tuntutan kerja.

Jika sebelum ini tumpuan hanya di negara kelahirannya, namun selepas mendapat tempat ketiga program Maharaja Lawak Mega 2017, Dzawin banyak menerima tawaran di Malaysia.

Kata Dzawin, jika tidak terikat dengan aktiviti di Malaysia, dia akan berada di Indonesia  meneruskan rutin biasanya seperti persembahan komedi, menulis skrip untuk filem pendek dan sebagainya.

“Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini memang tidak dinafikan saya banyak berada di Malaysia kerana terlibat dalam beberapa program dan persembahan di sini termasuklah program Gegar Lawak yang sudah memulakan siarannya semenjak dua minggu lalu,” katanya yang kini mempunyai ramai peminat di Malaysia.

Penglibatan Dzawin dalam Gegar Lawak yang memulakan siaran pengenalannya pada 19 Januari lalu adalah sebagai rakan komedi yang bertindak membantu peserta solo membuat persembahan.

“Kami tidak membantu mereka membuat material persembahan, sebaliknya hanya berkongsi pendapat tentang cara mereka mahu melaksanakan idea itu misalnya berkait struktur komedi, punchline dan sebagainya.

“Saya seronok untuk terlibat dengan program seperti ini kerana dapat melakukan perkongsian ilmu dengan orang lain secara tidak langsung.

“Disebabkan terikat dengan program ini saya mungkin berada agak lama di Kuala Lumpur, namun masih pulang ke Jakarta jika ada keperluan kerjaya seni di sana,” katanya.

Ditanya tidakkah dia berhasrat berhijrah dan mengembangkan kerjaya seni sepenuhnya di Malaysia, kata Dzawin, dia hanya akan berbuat demikian apabila mendapat peluang atau tawaran yang meyakinkan.

“Saya anak keturunan Sumatera yang memang biasa merantau ke mana sahaja jika keadaan atau tujuannya memerlukan kami berbuat demikian. Saya tidak kisah lokasinya di mana, kalau tawaran kerjanya mampu menjamin, saya akan mempertimbangkan untuk berbuat demikian.

“Saat ini peminat di Malaysia lebih mengenali saya sebagai ahli komedi, namun saya sebenarnya dalam usaha mencari peluang untuk mengembangkan bakat menulis (skrip) di sini kerana ia juga menjadi sebahagian daripada apa yang saya lakukan sebelum ini,” luahnya.

Dalam pada itu, Dzawin yang memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 2014 ini mengakui seronok bekerja di Malaysia kerana merasakan lebih dihargai.

“Mungkin di negara saya itu artisnya begitu ramai sehingga mereka tidak berkesempatan untuk berbuat demikian pada setiap satunya.

“Saya merasakan ia sedikit berbeza di sini apabila peminat menerima kita dengan sebaiknya, malah begitu menghargai insan seni.

“Sebenarnya apresiasi itu penting untuk yang bergelar seniman kerana ia mampu memberikan satu perasaan istimewa buat mereka atas sumbangan yang dilakukan pada karya,” katanya yang turut tidak menolak jodoh dari Malaysia.

The post Dzawin semakin diterima peminat Malaysia appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dzawin semakin diterima peminat Malaysia

Sekianlah artikel Dzawin semakin diterima peminat Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dzawin semakin diterima peminat Malaysia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/dzawin-semakin-diterima-peminat-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates: