Enot rindu berlakon

Enot rindu berlakon - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Enot rindu berlakon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Enot rindu berlakon
link : Enot rindu berlakon

Baca juga


Enot rindu berlakon

LAMA menyepi, pelakon dan pelawak, Enot bagaimanapun mengakui rindu untuk kembali aktif berlakon.

Tambahan pula, tahap kesihatan wanita berusia 40 tahun ini semakin baik selepas didapati bebas daripada kanser usus yang dihadapinya, sejak beberapa tahun lalu.

“Saya sebenarnya rindu sangat nak berlakon. Rindu nak ke lokasi penggambaran.

“Alhamdulillah, kesihatan saya pun dah semakin bagus. Boleh dikatakan saya dah semakin pulih, dah boleh kembali bekerja.

“Lagipun, memang dah lama saya tak berlakon. Last saya berlakon pun drama Bibik-Bibikku,” katanya kepada Sinar Harian.

Pun begitu, pemilik nama sebenar Aliza Abdullah ini mengakui kekurangan menerima tawaran berlakon selain dikenakan bayaran yang tidak setimpal.

“Saya harap ada produksi yang sudi memanggil saya semula untuk berlakon.

Bagaimanapun, kata Enot munkin ada penerbit atau pengarah yang tidak tahu dia sudah kembali berlakon.

Menurut pelakon ini, dia juga tidak demand, namun meminta produksi menilai kudrat pengalamannya.

Pada masa sama, Enot yang terkenal dengan karakter komedi turut berhasrat membawakan watak yang berbeza.

“Selalu saya ditawarkan dengan watak komedi. Saya nak juga cuba watak yang lebih serius atau psiko. Mana tahu boleh cabar diri kan?.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Laila Isabella ini juga mengimpikan untuk berlakon di samping aktor popular, Zul Ariffin.

Dalam pada itu, kini, Enot tampil lebih langsing dan cantik selepas bergelar duta produk pelangsingan badan, Lemonex sejak Julai lalu.

“Walaupun tiada tawaran berlakon, rezeki saya cukup murah dengan menjual produk ini. Sejak mencubanya, saya berjaya mengurangkan berat badan daripada 129 kilogram (kg) kepada 92 kg.

“Sasaran saya adalah 75 kg menjelang Mac nanti,” katanya.

Tidak hanya itu, Enot juga rancak menjalankan perniagaan membuat kek dan biskut serta menjual sambal bilis petai hijau.

“Sekarang ini, saya akan buat apa saja yang boleh mendatangkan rezeki,” katanya.

The post Enot rindu berlakon appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Enot rindu berlakon

Sekianlah artikel Enot rindu berlakon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Enot rindu berlakon dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/enot-rindu-berlakon.html

Subscribe to receive free email updates: