Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama

Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama
link : Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama

Baca juga


Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama

PELAKON Fadlan Hazim berkata dia dan teman wanitanya dikenali sebagai Julie Anne merancang untuk menghadiri kelas bagi mempelajari mengenai agama Islam.

Menurut Fadlan, 26, kekasihnya itu terbuka hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dan bersedia memeluk agama ini satu hari nanti.

“Sebelum bersama saya lagi, Julie ada cakap dia sudah mula terbuka hati untuk mengenali Islam dan bersedia mempelajari lebih lanjut mengenai agama ini.

“Saya ada perancangan nak bawa dia berjumpa ustaz dan kita sama-sama belajar mengenai agama Islam kerana saya pun masih belum sempurna dan perlu belajar lagi.

“Soal memeluk agama Islam agak sensitif untuk diperbahaskan, cumanya saya harap masyarakat mendoakan yang baik-baik,” katanya .

Sementara itu, Fadlan berkata hubungan cinta mereka itu turut mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah, dia turut mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun meletakkan soal jodoh sebagai ketentuan takdir.

“Keluarga kami tak ada masalah dan mereka merestui hubungan kami. Lagi pula, kami membesar dalam kelompok keluarga yang pernah berkahwin campur.

“Buat masa ini kami tak letak sasaran waktu bila nak berkahwin, namun saya andaikan dalam setahun dua lagi kita akan menuju ke arah itu.

“Sekarang ini, kami mahu fokus dengan karier dan apabila semuanya sudah okay barulah kami mahu bina keluarga bahagia,” katanya.

Bercerita mengenai awal perkenalan dengan gadis tersebut, Fadlan berkata, dia mengenali Julie sejak mereka dibangku sekolah lagi.

“Kami kenal sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik. Tak sangka pertemuan semula membuatkan hubungan kami ke arah lebih serius.

“Julie seorang wanita yang sangat memahami dan mudah diajak berbincang. Mungkin faktor usia sebaya membuatkan saya selesa bersama dia,” kata pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini.

The post Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama

Sekianlah artikel Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fadlan, Bakal Isteri Sama-Sama Mahu Dalami Agama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/fadlan-bakal-isteri-sama-sama-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: