link : Guru wanita maut, dua murid cedera dalam kemalangan
Guru wanita maut, dua murid cedera dalam kemalangan
PENAMPANG - Seorang guru wanita maut manakala dua murid cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh sebuah Toyota Hilux di Kilometer 16, Jalan Papar-Kota Kinabalu di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Itum Likum, 52, yang memandu Ford Ranger disahkan meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu sedang dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth dekat sini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa bersama lima murid terbabit dalam perjalanan dari arah Papar menuju ke Sekolah Kebangsaan Kem Lok Kawi di Putatan.
“Sebaik tiba di lokasi kenderaan dipandu mangsa telah dirempuh Toyota Hilux yang terbabas dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan ini, pemandu maut dalam perjalanan ke hospital manakala dua murid patah kaki dan gigi,” katanya hari ini.
Tambah Haris, pasangan suami siteri yang menaiki Toyota Hilux terlibat dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Jelasnya, mayat guru berkenaan kini berada di hospital untuk sesi pengecaman keluarga dan bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -
Sumber: K! ONLINE
loading...
Demikianlah Artikel Guru wanita maut, dua murid cedera dalam kemalangan
Sekianlah artikel Guru wanita maut, dua murid cedera dalam kemalangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru wanita maut, dua murid cedera dalam kemalangan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/guru-wanita-maut-dua-murid-cedera-dalam.html