Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14

Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14
link : Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14

Baca juga


Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14

KOTA KINABALU – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor yakin Barisan Nasional (BN) akan kekal sebagai kerajaan yang mentadbir negeri itu dan juga pusat selepas pilihan raya umum ke-14.
Bendahari UMNO itu berkata keyakinannya bersandarkan prestasi cemerlang BN dalam membawa kemajuan dan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat, khususnya di Sabah selain majoriti rakyat dilihat kekal menyokong BN.

“Mereka yang cakap (tidak menyokong) itu hanya beberapa sahaja… sebagai negara demokrasi, mereka boleh aktif berpolitik dan memberi sokongan kepada mana-mana parti yang mereka suka.

“Walau bagaimanapun, dengan keadaan di lapangan (sokongan peringkat akar umbi dan pembangunan kerajaan), kita masih yakin BN tetap mendapat sokongan untuk menerajui kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hajiji yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sulaman, berkata rakyat seharusnya menggunakan hak mereka sebagai pengundi secara lebih bijaksana dengan memilih kerajaan yang terbukti banyak membawa perubahan selain sentiasa berusaha memastikan kestabilan ekonomi dan politik terus terpelihara.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengingatkan pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah kementeriannya agar tidak terpengaruh atau terikut-ikut dengan mana-mana pihak menyebarkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan menerusi media sosial.

Pegawai dan kakitangan kerajaan seharusnya menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai penjawat awam dengan menjelaskan segala usaha pembangunan dibawa kerajaan untuk rakyat, katanya. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14

Sekianlah artikel Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hajiji Yakin BN Tetap Tubuh Kerajaan Selepas PRU14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/hajiji-yakin-bn-tetap-tubuh-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates: