Hak saya sokong siapa, yang jelas tak sokong Azmin - Khalid

Hak saya sokong siapa, yang jelas tak sokong Azmin - Khalid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hak saya sokong siapa, yang jelas tak sokong Azmin - Khalid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hak saya sokong siapa, yang jelas tak sokong Azmin - Khalid
link : Hak saya sokong siapa, yang jelas tak sokong Azmin - Khalid

Baca juga


Hak saya sokong siapa, yang jelas tak sokong Azmin - Khalid

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau bebas untuk menyokong parti mana yang dirasakan sesuai, namun bertegas beliau tidak akan menyokong penggantinya, Datuk Seri Azmin Ali. 

"Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor," katanya menerusi satu posting di Facebook hari ini.

Kenyataan Abdul Khalid itu sebagai respon kepada Azmin pada Jumaat lalu yang memintanya memutuskan pihak yang disokongnya untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ini kerana menurut Azmin, sebagai seorang ahli politik, Abdul Khalid perlu menetapkan pendirian mengenai pihak yang disokongnya.

"Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip, idealisme.

"Ini sekejap (dilihat menyokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu,"petik kata Azmin.

Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan negeri termaju berkenaan pada 2008.

Bagaimanapun beliau disingkirkan menerusi idea Langkah Kajang susulan krisis dalaman partinya pada 2014.

Selepas keluar daripada PKR, Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kekal sebagai wakil rakyat Bebas. Bagaimanapun beliau sering dilihat mesra PAS ekoran sering menghadiri majlis anjuran parti itu.

Abdul Khalid juga penghujung tahun lalu membuat kejutan apabila turut muncul di Konvensyen Umno Selangor. 


Demikianlah Artikel Hak saya sokong siapa, yang jelas tak sokong Azmin - Khalid

Sekianlah artikel Hak saya sokong siapa, yang jelas tak sokong Azmin - Khalid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hak saya sokong siapa, yang jelas tak sokong Azmin - Khalid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/hak-saya-sokong-siapa-yang-jelas-tak.html

Subscribe to receive free email updates: