Hantaran al-Quran khatam oleh suami

Hantaran al-Quran khatam oleh suami - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hantaran al-Quran khatam oleh suami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hantaran al-Quran khatam oleh suami
link : Hantaran al-Quran khatam oleh suami

Baca juga


Hantaran al-Quran khatam oleh suami

BIARPUN sudah mendirikan rumah tangga, Betty Rahmad akan tetap meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.

Malah, pelakon berusia 36 tahun ini bersyukur kerana suaminya, Ardy Damis sangat memahami akan kerjaya lakonannya.

“Sebenarnya, tiada apa yang berubah pun dan semuanya masih sama. Saya akan terus berlakon seperti biasa.

“Memang suami tidak letak apa-apa had, tapi apabila berlakon saya sendiri harus sedar mengenai status sebagai isteri orang,” katanya pada Sinar Harian.

Betty dan Ardy, 31, dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Makmuriah, Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Samat dengan sekali lafaz di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu.

Dalam majlis itu, adik bongsu Erma Fatima dan Umie Aida ini menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan hantarannya pula adalah senaskhah al-Quran yang telah dikhatam oleh suami.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Oktober 2017 selepas empat tahun bercinta.

“Kami mula berkenalan selepas dipertemukan oleh Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri.

“Sejak itu, kami mula menjadi rapat sehingga akhirnya menjalinkan hubungan cinta,” katanya.

Tambah Betty lagi, personaliti dan kebolehan yang dimiliki Ardy turut membuatnya tertarik dengan jejaka berkenaan.

“Macam-macam dia boleh buat. Tangan dia sangat berseni dan kreatif. Dia boleh melukis, buat design atau bertukang sekalipun.

“Malah, dia juga menjadi penyokong kuat dalam apa saja perkara yang saya lakukan termasuklah dalam bidang perniagaan,”  katanya.

Dalam pada itu, pasangan sejoli ini juga akan mengadakan resepsi di sebelah lelaki di Bandar Baharu Kedah pada 10 Februari depan.

“Selepas tamat resepsi, barulah kami akan terfikir soal honeymoon. Buat masa ini, kami masih belum terfikir lagi mahu ke mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Betty akan kembali sibuk ke lokasi penggambaran drama bersiri Mak Cun 3 pada Mac atau April depan.

The post Hantaran al-Quran khatam oleh suami appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hantaran al-Quran khatam oleh suami

Sekianlah artikel Hantaran al-Quran khatam oleh suami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hantaran al-Quran khatam oleh suami dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/hantaran-al-quran-khatam-oleh-suami.html

Subscribe to receive free email updates: