HIPOKRASI MAHATHIR KE AMERIKA

HIPOKRASI MAHATHIR KE AMERIKA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HIPOKRASI MAHATHIR KE AMERIKA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HIPOKRASI MAHATHIR KE AMERIKA
link : HIPOKRASI MAHATHIR KE AMERIKA

Baca juga


HIPOKRASI MAHATHIR KE AMERIKA

Langkah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa akan mengetuai kunjungan pembangkang ke Amerika Syarikat (AS) sebagai usaha menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerlahkan hipokrasi beliau.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu sama sekali berbeza semasa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, perkara tersebut adalah sesuatu yang ‘amat pantang’ semasa Dr. Mahathir me­nyandang jawatan berkenaan selama 22 tahun.

“Saya masa itu Ketua Pemuda, saya tengok bila dia memimpin dan mereka tuduh bahawa pembangkang menjual maruah, menggadaikan kedaulatan dan cuba meraih simpati kuasa-kuasa lain.

“Tetapi sekarang ini lain pulak, orang dapat lihat hipokrasi beliau dan apa yang Dr. Mahathir sanggup lakukan bila matlamat menghalalkan cara. Cakap tak serupa bikin,” katanya ketika mengulas dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai ranca­ngan pembangkang itu yang dijang­ka ke AS pada 20 Februa­ri ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Sembrong ditemui selepas melancarkan Agenda Pembangunan Perumahan Sembrong (APPS) di Felcra Sungai 10, Paloh, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Kese­jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md. Jais Sarday.

Dalam pada itu, Hishammuddin turut mendoakan kesihatan Dr. Mahathir yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

“Kita doakan dia sembuh cepat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Mengulas mengenai APPS, beliau berkata, sebanyak 2,000 unit rumah disasarkan siap dibina di kawasan Parlimen tersebut menjelang tahun 2021.

Katanya, APPS bertujuan meneliti perancangan pembangunan perumahan di kawasan itu supaya berada pada landasan tepat kerana agenda perumahan merupakan perkara yang cukup dekat dengan hati dan keperluan masyarakat Sembrong.


Demikianlah Artikel HIPOKRASI MAHATHIR KE AMERIKA

Sekianlah artikel HIPOKRASI MAHATHIR KE AMERIKA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HIPOKRASI MAHATHIR KE AMERIKA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/hipokrasi-mahathir-ke-amerika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :