link : HONDA MALAYSIA LANCAR ODYSSEY BAHARU
HONDA MALAYSIA LANCAR ODYSSEY BAHARU
Honda Malaysia melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) premium, Odyssey baharu yang dilengkapi teknologi Honda SENSING.
Honda Odyssey yang ditawarkan harga atas jalan tanpa insurans RM254,800 adalah model ketiga yang menggunakan Honda SENSING selepas CR-V dan Accord.
Naib Presiden Honda Malaysia, Akkbar Danial, berkata Honda Malaysia menyasarkan menjual 130 unit Odyssey tahun ini.
“Dengan adanya Honda SENSING, Odyssey baharu yang ditawarkan dengan satu varian iaitu 2.4L EXV dijangka dapat meningkatkan penanda aras keselamatan bagi segmen MPV di Malaysia,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Honda Odyssey dan program bersama media di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Toichi Ishiyama dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah.
Honda Odyssey baharu menggunakan enjin 2.4L DOHC i-VTEC dengan Earth Dreams Technology dan kotak gear Continuos Variable Transmission (CVT).
Ia turut didatangkan dengan enam ciri termaju iaitu Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Departure Warning (LDW), Road Departure Mitigation (RDM), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keep Assist System (LKAS).
Honda Odyssey dengan Honda SENSING sudah dibuka untuk tempahan di 93 pusat pengedar Honda di seluruh negara.
Honda Malaysia turut menawarkan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000 kilometer bagi Odyssey baharu.
Sementara itu, Honda Malaysia menyasarkan untuk menjual 109,000 unit kenderaan jenama itu di Malaysia tahun ini.
Ishiyama berkata, jenama kenderaan dari Jepun itu yakin untuk mencapai sasaran yang ditetapkan disokong pertumbuhan stabil dalam jualan sejak beberapa tahun lalu.
“Honda Malaysia juga akan melancarkan dua model baharu tahun ini iaitu Odyssey dan satu lagi akan diumumkan kelak.
“Kami juga akan membuka tujuh pusat pengedaran baharu merangkumi 3S dan 2S serta pusat badan dan cat tahun ini,” katanya.
Tahun lalu, Honda Malaysia meletakkan sasaran jualan 100,000 unit, namun merekodkan sejarah sejak ditubuhkan 2003 apabila menjual 109,551 unit kenderaan.
Syarikat itu juga mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran automotif bagi kategori bukan nasional sejak tiga tahun lalu.
-Berita Harian

Demikianlah Artikel HONDA MALAYSIA LANCAR ODYSSEY BAHARU
Sekianlah artikel HONDA MALAYSIA LANCAR ODYSSEY BAHARU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HONDA MALAYSIA LANCAR ODYSSEY BAHARU dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/honda-malaysia-lancar-odyssey-baharu.html