link : IJOK: SETIAUSAHA POLITIK AZMIN ‘GELABAH’
IJOK: SETIAUSAHA POLITIK AZMIN ‘GELABAH’
Kerajaan PKR Selangor dilihat seperti ‘menggelabah’ apabila terus-menerus menyalahkan pihak lain di sebalik skandal penjualan tanah milik kerajaan negeri seluas kira-kira 880 hektar di mukim Ijok kepada sebuah syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.
Jika sebelum ini kerajaan negeri menuding jari kepada Barisan Nasional (BN), terbaru Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula menjadi sasaran Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei, kononnya bekas Menteri Besar itu sengaja memfitnah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Anehnya, seperti juga Mohamed Azmin dan Pejabat Menteri Besar, Shuhaimi langsung tidak menjawab kepada persoalan pokok iaitu mengapa kerajaan negeri tergesa-gesa membuat penyelesaian di luar mahkamah sedangkan kes tersebut berpeluang besar untuk menang jika diteruskan di Mahkamah Persekutuan.
Selain itu, Shuhaimi juga tidak menjawab kewajaran Mohamed Azmin memulangkan tanah berkenaan kepada dua syarikat yang terbukti gagal membangunkannya sebelum dijual kepada sebuah syarikat pemaju lain serta persoalan mengenai nilai pampasan yang dikatakan tidak berasaskan kepada harga pasaran semasa.
“Kesepakatan BN dengan pasukan Abdul Khalid jelas melalui penyatuan fitnah berangkai mereka sejak kelmarin. Melalui Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Abdul Khalid serta Faekah Husin (pegawai khas Abdul Khalid) galak memainkan kembali isu tanah di Ijok menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tindakan Mohamed Azmin dalam isu tersebut disifatkan banyak pihak bukan sahaja meragukan, malah merugikan kerajaan negeri dan rakyat Selangor kerana ia dikaitkan dengan usaha Timbalan Presiden PKR itu menjayakan bail-out yang menguntungkan kumpulan tertentu.
Dalam pada itu, Shuhaimi terus mempertahankan keputusan kerajaan negeri menjual tanah berkenaan yang dianggapnya sebagai satu formula penyelesaian ‘menang-menang’ oleh Mohamed Azmin membabitkan semua pihak termasuklah para peneroka terlibat.
“Melalui formula itu, sebahagian tanah kira-kira 2,200 ekar (890 hektar) dijual kepada pemaju berwibawa dengan jumlah RM1.18 bilion. Sebahagian duit itu (RM1.18 bilion) akan digunakan oleh syarikat vendor untuk membina rumah bagi hampir 1,000 peneroka dan membayar pampasan.
Utusan

Demikianlah Artikel IJOK: SETIAUSAHA POLITIK AZMIN ‘GELABAH’
Sekianlah artikel IJOK: SETIAUSAHA POLITIK AZMIN ‘GELABAH’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel IJOK: SETIAUSAHA POLITIK AZMIN ‘GELABAH’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/ijok-setiausaha-politik-azmin-gelabah.html