link : ‘Inilah hadiah terbaik I pernah beri’ – Jihan Muse
‘Inilah hadiah terbaik I pernah beri’ – Jihan Muse
PENGACARA dan pelawak, Jihan Muse menyifatkan kehadiran cahaya mata sulung mereka sebagai hadiah terbaik buat suaminya, Ungku Hariz.
Momen manis itu dikongsi sempena sambutan ulang tahun kelahiran Ungku Hariz ke-33, semalam di laman Instagramnya (IG).
“Dear Ungku Hariz Faizal, my bestfriend, my boyfriend, my husband..
“I harap inilah hadiah terbaik pernah I beri pada U, melahirkan anak kita. I LOVE US. Happy Birthday Sayang @ungkuhariz,” tulisnya sambil beserta #UHturns33, #11yearsback dan #myownversionofreymee.
Dalam pada itu, Ungku Hariz turut meluahkan rasa syukur di atas segala kurniaan-Nya.
“All praise due to ALLAH for blessing me with another year and HE has sent me the greatest gifts above all,” tulisnya di IG beserta #uh!
#double3 dan #uah!.
Pengacara Gegar Vaganza ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.85 kilogram secara pembedahan pada 26 Januari lalu.
Terdahulu, pasangan sejoli ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.
The post ‘Inilah hadiah terbaik I pernah beri’ – Jihan Muse appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel ‘Inilah hadiah terbaik I pernah beri’ – Jihan Muse
Anda sekarang membaca artikel ‘Inilah hadiah terbaik I pernah beri’ – Jihan Muse dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/inilah-hadiah-terbaik-i-pernah-beri.html