Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan

Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan
link : Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan

Baca juga


Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan

PELAKON Johan As’ari menyedari bahawa menjadi seorang selebriti sudah pasti akan melalui fasa pasang surut dalam setiap kerjaya yang diceburi.

Namun Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 31, berkata dia tidak pernah mencari sesuatu tawaran namun ia datang sendiri.

Malah, pelakon Juvana ini mengakui rezeki dalam lakonan tidak pernah putus sepanjang tujuh tahun berkecimpung dalam bidang tersebut.

“Saya tak pernah cari kerja tapi tawaran yang datang sendiri. Alhamdulillah, selama tujuh tahun dalam bidang lakonan, rezeki tak pernah putus.

“Namun saya percaya seorang selebriti itu ada pasang surutnya. Tapi apabila tak ada tawaran, saya akan penuhkan masa terluang dengan perkara lain.

“Walaupun tak ada kerja, tapi kena ada sesuatu yang bagus saya perlu buat. Bukan hanya membuang masa sahaja,” kata Johan.

Dalam pada itu, Johan bakal menuntut ilmu dan kemahiran di madrasah milik Datuk Ustaz Kazim Ilias yang terletak di Manjung, Perak selepas tamat penggambaran drama terbarunya.

Menurut Johan, dia akan berada di sana sekurang-kurangnya selama tiga bulan dan rakan baiknya, Iqram Dinzly juga seperti ingin turut serta bersama.

“Selesai penggambaran drama terbaru, saya akan pergi belajar dekat sekolah madrasah milik Datuk Ustaz Kazim Ilias di Manjung perak.

“Insya-Allah dalam bulan lima atau empat dan saya akan belajar di sana sekurang-kurangnya tiga bulan. Nanti saya akan belajar lebih tentang motivasi dan cara berkomunikasi dengan betul.

“Iqram pun macam ada ura-ura nak ikut sekali sebab rumah dia dekat saja dengan tempat itu,” ujarnya

The post Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan

Sekianlah artikel Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Johan Tak Cari Kerja Tapi Kerja Cari Johan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/johan-tak-cari-kerja-tapi-kerja-cari.html

Subscribe to receive free email updates: