Kami Tidak Akan Mengundi PH Selagi Mahathir Mengetuainya

Kami Tidak Akan Mengundi PH Selagi Mahathir Mengetuainya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kami Tidak Akan Mengundi PH Selagi Mahathir Mengetuainya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kami Tidak Akan Mengundi PH Selagi Mahathir Mengetuainya
link : Kami Tidak Akan Mengundi PH Selagi Mahathir Mengetuainya

Baca juga


Kami Tidak Akan Mengundi PH Selagi Mahathir Mengetuainya

Bagi Pakatan Harapan, penyertaan PPBM yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin, dianggap seperti satu bonus yang tidak dijangka oleh mereka. Kebanyakan mereka berpendapat, gandingan bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dianggap sebagai ramuan terbaik dalam misi menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Namun begitu, harapan besar yang disandarkan kepada Mahathir dalam mengepalai misi menumbangkan Barisan Nasional, bukan semudah yang mereka jangkakan. Disebalik kegembiraan mereka menerima sokongan dari veteran politik ini, ahli akar umbi Pakatan Harapan secara terang-terangan menolak sebarang kerjasama antara pakatan pembangkang berkenaan dengan Mahathir.

Bagi mereka yang begitu lama berada di dalam kem pembangkang, Mahathir adalah lialibiliti yang perlu diasingkan sama sekali dari pakatan pembangkang. Kehadirannya, bukan membawa kekuatan buat Pakatan Harapan, sebaliknya lebih memberikan rasa dikhianati oleh parti yang mereka sertai sejak sekian lama.

Pada satu kesempatan, penulis sempat bertemu dengan ahli tegar DAP dan PKR yang selama ini tidak pernah walau sekalipun mengubah sokongan mereka terhadap kedua-dua parti ini. Namun, pendirian mereka akhirnya berubah apabila pemimpin tertinggi mereka memilih untuk bersama-sama Mahathir yang satu ketika dahulu mereka kecam, hina dan berada dalam keadaan begitu tertekan dengan cara kuku besi Mahathir.

Malangnya, mereka enggan nama dan gambar mereka disiarkan atas faktor keselamatan namun dari perbualan ringkas yang dilakukan, mereka jelas kecewa dengan apa yang berlaku di dalam Pakatan Harapan hari ini. Masing-masing merasakan diri mereka dikhianati oleh parti kerana selama ini, mereka di doktrinkan dengan kebencian yang mendalam terhadap Mahathir.

APa yang menarik, mereka berdua berkongsi kisah-kisah mereka bagaimana mereka begitu membenci Mahathir sehingga hari ini. Ada yang sanggup menempah baju yang tertulis “Mahathir telah membunuh demokrasi”, kekejaman Mahathir membunuh sistem politik adil dan sebagainya yang mereka pakai untuk berkempen di seluruh Parlimen mereka.

Pada masa yang sama, mereka mempersoalkan, bagaimana untuk memberi undi kepada Pakatan Harapan hari ini sedangkan pakatan pembangkang berkenaan kini diketuai oleh individu yang mereka perangi dan benci sejak berdekad-dekad lamanya? Adakah logik menyatakan semua ini politik sedangkan bagi mereka yang mempunyai prinsip dan maruah, dua perkara ini tidak boleh digadaikan sesuka hati demi memenuhi kemahuan nafsu politik.

Justeru, mereka merasakan, sudah tiba masanya untuk mereka dan para pengikut mereka meninggalkan perjuangan pembangkang yang hari ini mereka sendiri tidak yakini kebenarannya. Berdekad-dekad mereka menanam iktikad untuk menyingkirkan Mahathir namun dalam tempoh dua tahun, mereka dikhianati dengan perjanjian yang mereka sifatkan seperti berjanji dengan syaitan.

Untuk rekod, kedua-dua individu ini bukanlah ahli biasa. Mereka mempunyai pangkat di dalam parti masing-masing diperingkat negeri dan mempunyai ratusan pengikut setia yang setia dengan ketua mereka, bukannya parti ataupun pakatan pembangkang.

Mereka menegaskan, apabila tiba waktunya kelak, seandainya Mahathir masih kekal sebagai peneraju Pakatan Harapan, mereka tidak teragak-agak untuk merosakkan undi mereka atau paling tidak, mereka akan mengundi siapa jua calon Barisan Nasional di Parlimen mereka kerana kedua-dua individu ini mengakui, zaman pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak jauh lebih baik dari zaman pentadbiran Mahathir!


Demikianlah Artikel Kami Tidak Akan Mengundi PH Selagi Mahathir Mengetuainya

Sekianlah artikel Kami Tidak Akan Mengundi PH Selagi Mahathir Mengetuainya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kami Tidak Akan Mengundi PH Selagi Mahathir Mengetuainya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/kami-tidak-akan-mengundi-ph-selagi.html

Subscribe to receive free email updates: