KE MANA HILANGNYA AGENDA UNTUK “MEMARTABAT DAN MENEGAKKAN ISLAM” AMANAH?

KE MANA HILANGNYA AGENDA UNTUK “MEMARTABAT DAN MENEGAKKAN ISLAM” AMANAH? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KE MANA HILANGNYA AGENDA UNTUK “MEMARTABAT DAN MENEGAKKAN ISLAM” AMANAH?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KE MANA HILANGNYA AGENDA UNTUK “MEMARTABAT DAN MENEGAKKAN ISLAM” AMANAH?
link : KE MANA HILANGNYA AGENDA UNTUK “MEMARTABAT DAN MENEGAKKAN ISLAM” AMANAH?

Baca juga


KE MANA HILANGNYA AGENDA UNTUK “MEMARTABAT DAN MENEGAKKAN ISLAM” AMANAH?

Tergelak seketika saya bila membaca kenyataan media Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, bertajuk “PAS Ambil Alih Tempat UMNO?” hari ini, 18 Februari 2018.

Jelas sekali kenyataan media ini adalah maklum-balas Mohamad Sabu terhadap kritikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kepada AMANAH di dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Kata Mohamad Sabu di dalam kenyataan media ini, “bagi saya, kita bersama Pakatan Harapan akan bertanding mengikut kesesuaian dan cita-cita untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya dalam pilihan raya yang akan datang”.

Ini kerana, kata beliau lagi, “kita mempunyai agenda besar untuk melakukan reformasi institusi serta mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang baik demi negara dan rakyat”.

Seperti diketahui, antara enam “dasar dan tujuan AMANAH” yang digariskan di dalam Fasal 3 Perlembagaan AMANAH, terpenting daripadanya adalah untuk “memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan” (Fasal 3(1)).

Malangnya, di dalam kenyataan media beliau ini, langsung tidak disebut walau sepatah pun agenda untuk “memartabat dan menegakkan Islam” di dalam senarai agenda besar AMANAH jika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya.

Kalau setakat “untuk melakukan reformasi institusi serta mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang baik demi negara dan rakyat” sahaja, tidak perlulah wujud AMANAH kerana melalui DAP pun ia boleh dibuat.

Kalau agenda AMANAH sudah sama dengan agenda DAP, dan kalau agenda untuk “memartabat dan menegakkan Islam” tiada di dalam senarai agenda besar AMANAH, maka bagaimanakah agaknya umat Islam akan yakin untuk mengundi AMANAH?


Demikianlah Artikel KE MANA HILANGNYA AGENDA UNTUK “MEMARTABAT DAN MENEGAKKAN ISLAM” AMANAH?

Sekianlah artikel KE MANA HILANGNYA AGENDA UNTUK “MEMARTABAT DAN MENEGAKKAN ISLAM” AMANAH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KE MANA HILANGNYA AGENDA UNTUK “MEMARTABAT DAN MENEGAKKAN ISLAM” AMANAH? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/ke-mana-hilangnya-agenda-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :