link : Kecewa PH Angkat Tun M Jadi PM, Pejuang Reformasi Umum Tanding Bebas Di Pahang !
Kecewa PH Angkat Tun M Jadi PM, Pejuang Reformasi Umum Tanding Bebas Di Pahang !
KUANTAN: Kecewa dengan tindakan Pakatan Harapan (PH) menamakan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri gabungan pembangkang, maka seorang pejuang Pro-Reformasi membuat keputusan untuk bertanding bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.
Demikian disuarakan oleh Benzin Dogak (foto) baru-baru ini. Beliau kini sedang giat berkempen supaya rakyat menyokong bebas sekiranya mereka sudah muak dengan mainan politik semua pihak, baik kerajaan mahu pun pembankang.
Terdahulu, Benzin mengumumkan beliau akan bertanding atas tiket bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching, Parlimen Paya Besar di sini. Kini beliau sibuk promosikan agenda #BebasProRakyat menerusi media sosial terutamanya WhatsApp.
"Saya hairan kenapa PKR boleh menerima Mahathir yang pernah menjatuhkan pemimpin mereka sendiri (Anwar) dulu?. Anwar dijatuhkan secara tidak bermaruah atas tuduhan liwat. Dia dihina, dicaci dan diperlakukan sesuka hati.. termasuk ditumbuk dalam penjara ketika Rejim Mahathir memerintah. Semua ini adalah bukti kekejaman dan keangkuhan Mahathir dipuncak kuasa", dakwa Benzin.
Beliau tidak dapat menerima, Mahathir yang merupakan individu bertanggungjawab menghumbankan Anwar ke penjara satu ketika dulu mahu diangkat semula sebagai Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan.
"Saya tidak kisah jika Mahathir sekadar membantu perjuangan Pakatan Harapan sahaja. Ini mahu dilantik sebagai PM pula. Ujian Mahathir baru bermula, dalam perjuangan rakyat. Ia belum terbukti. Mahathir sendiri dah beberapa kali keluar masuk UMNO. Tiba-tiba PH mahu bagi dia kembali berkuasa. Kami yang berjuang membela Anwar di era reformasi merasa amat terhina dengan keputusan ini. Sebab itu saya akan lawan sebagai calon bebas pada PRU-14 ini", kata Benzin lagi.
Beliau yang kini menjadi mudir tahfiz di Permatang Badak berkata, ramai lagi rakan-rakan pro-reformasi yang menyokong Anwar dulu akan bertanding bebas sebagai tanda protes atas keputusan tersebut.
Semua pihak harus menghormati keputusan Benzin dan rakan-rakannya. Keputusan untuk bertandik calon bebas adalah langkah menyuburkan lagi demokrasi sebenarnya, Jika ini berlaku, maka sudah pasti pertembungan empat penjuru akan dapat disaksikan di banyak tempat pada pilihan raya umum nanti. #pahangdaily
Demikianlah Artikel Kecewa PH Angkat Tun M Jadi PM, Pejuang Reformasi Umum Tanding Bebas Di Pahang !
Sekianlah artikel Kecewa PH Angkat Tun M Jadi PM, Pejuang Reformasi Umum Tanding Bebas Di Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kecewa PH Angkat Tun M Jadi PM, Pejuang Reformasi Umum Tanding Bebas Di Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/kecewa-ph-angkat-tun-m-jadi-pm-pejuang.html