Kerusi Permatang Pauh milik rakyat bukan 'legasi' Anwar - PAP

Kerusi Permatang Pauh milik rakyat bukan 'legasi' Anwar - PAP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerusi Permatang Pauh milik rakyat bukan 'legasi' Anwar - PAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerusi Permatang Pauh milik rakyat bukan 'legasi' Anwar - PAP
link : Kerusi Permatang Pauh milik rakyat bukan 'legasi' Anwar - PAP

Baca juga


Kerusi Permatang Pauh milik rakyat bukan 'legasi' Anwar - PAP

SHAH ALAM: Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah hak rakyat dan bukannya milik mana-mana 'legasi' kekeluargaan, kata Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat, Rahmad Ishak.

Malah katanya, rakyat kini semakin bosan dengan politik kekeluargaan yang kian subur dalam Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa pemimpin PKR yakin 'legasi' Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen itu masih kuat, apabila Umno mendakwa kerusi itu bukan lagi kubu kuat pembangkang.

"Kerusi Permatang Pauh ini sebenarnya milik rakyat. Bukan milik parti-parti politik atau dinasti mana-mana pemimpin politik. Dalam keadaan toksik yang semakin tebal dalam arena politik di negara ini khususnya yang berlaku dalam PH, kena tolak tepi dahulu.

"Rakyat sekarang sudah cukup pening kepala sudah dengan permainan parti politik. Khususnya PH yang antara mereka sendiri lebih menjadikan soal kekeluargaan sebagai keutamaan.

"Yang Tun M dengan cara Tun M, Kit Siang dengan cara Kit Siang, Anwar Ibrahim cara Anwar. Nasib Mat Sabu tidak ada ada anak dia, kalau tidak Mat Sabu pun akan jadikan benda sama juga. Untuk mempertahankan dinasti keluarga hasil mandat rakyat," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Terdahulu, Saifuddin membalas kenyataan Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Zaidi Mohd Said, yang dilaporkan berkata, walaupun Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau anaknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, bertanding di Permatang Pauh, partinya akan merampas kerusi itu tidak lama lagi.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik PKR untuk tiga kali PRU dan juga pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada tahun 2015. Anwar memenangi kerusi itu sejak 1982 menerusi tiket Barisan Nasional (BN).

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudiannya bertanding pada 1999 dan menang kerusi itu selepas Anwar dijatuhi hukuman penjara. Azizah juga berjaya pertahankan kerusi itu pada PRU 2004 dan 2008.

Anwar kembali bertanding dan berjaya memenangi kerusi itu PRU 2013, namun beliau hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Azizah kembali menyandang kerusi tersebut sehingga kini.

Mengulas lanjut Rahmad berkata perkembangan itu memperlihatkan parti reformasi itu kekurangan calon untuk dipertandingkan menjelang PRU14 akan datang.

"Kalau diberi peluang juga kepada dinasti Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari sudut undang-undang memang tidak menyalahi undang-undang. Tetapi dari segi imej, maruah, kredibiliti ini tidak sihat. Ini tidak sihat.

"Apakah menunjukkan PKR Permatang Pauh tidak lagi mempunyai calon lain atau mereka tidak memberi kepercayaan kepada ahli yang lebih layak untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.

Rahmad kemudiannya berkata kerusi Permatang Pauh bukan lagi kerusi selamat bagi PH untuk ditawan.

"Sepatutnya kawasan PKR ini yang sebahagiannya di kawasan Seberang Perai Tengah, satu kawasan yang begitu dinamik untuk memacu ekonomi pada orang Melayu khususnya. Tetapi ini tidak berlaku. Tidak berlaku," tambahnya.


Demikianlah Artikel Kerusi Permatang Pauh milik rakyat bukan 'legasi' Anwar - PAP

Sekianlah artikel Kerusi Permatang Pauh milik rakyat bukan 'legasi' Anwar - PAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerusi Permatang Pauh milik rakyat bukan 'legasi' Anwar - PAP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/kerusi-permatang-pauh-milik-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates: