Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa

Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa
link : Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa

Baca juga


Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa

AKTRES popular, Jennifer Lawrence sekali lagi mengubati kerinduan peminatnya apabila dia bakal muncul menerusi filem paling dinantikan, Red Sparrow yang bakal ditayangkan di seluruh dunia Mac depan.

Selepas beraksi cemerlang menerusi filem seram, Mother! tahun lalu, kredibiliti lakonan pelakon asal Kentucky bakal teruji di dalam sebuah filem aksi berkenaan.

Diarahkan Francis Lawrence, Red Sparrow turut diisi pelakon handalan lain seperti Joel Edgerton, Matthias Schoenaerts, Charlotte Rampling dan ramai lagi.

Berkongsi mengenai filem berkenaan, Jenniffer yang sebelum ini penah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Oscar menerusi filem Silver Linings Playbook memberitahu, filem terbarunya itu menggambarkan sisi lakonannya yang serba baru.

“Lebih empat tahun lalu, gambar seksi saya pernah diceroboh lalu menjadi tular.

Sejak itu saya berjanji tidak melakukan hal sedemikian lagi kerana bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku. Bagaimanapun, apabila pengarah, Francis menawarkan watak itu, saya cuba melihatnya daripada sudut positif.

“Saya percaya kalau kita lakukan sesuatu dengan betul, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Apatah lagi, itu hanyalah sedakar lakonan sematamata. Saya cuba bertenang,” katanya jujur menerusi sebuah temu bual.

Menerusi filem tersebut, Jennifer mendukung watak sebagai Dominika Egoroiva, iaitu perisik elit Rusia yang cantik, seksi dan menggoda.

Sisi berbeza Jennifer
Sementara itu, Francis secara optimis memberitahu, dia teruja dan gembira kerana mempunyai barisan pelakon berkaliber yang mampu memberi impak besar buat filem arahannya itu.

“Kami mempunyai pelakon yang cukup fantastik dan saya gembira untuk itu. Paling bermakna bila Jennifer sendiri cuba beranikan diri untuk bawa watak tidak pernah dibawanya sebelum ini. Jadi itu antara keistimewaan bakal penonton saksikan apabila Red Sparrow ditayangkan.

“Ini merupakan kerjasama keempat antara saya dan Jennifer selepas siri Hunger Games. Malah sebelum mengarahkan filem ini, saya ada baca kisah berkenaan di dalam versi buku asal dan dalam fikiran memang sudah terfikirkan Jennifer,” kongsi Francis yang sebelum ini turut menafikan filem adaptasi berkenaan mempunyai jalan cerita hampir sama dengan watak dalam sebuah siri Marvel, Black Widow.

Perbandingan tersebut diutarakan sesetengah pihak apabila personaliti di antara keduanya hampir sama, iaitu seorang perisik Rusia yang cantik dan seksi.

“Tiada persamaan kerana ini adalah sebuah filem thriller. Ini adalah sebuah filem perisikan berbeza daripada filem seumpamanya,” katanya yang turut mengakui, heroinnya itu terpaksa belajar menari tarian ballet beberapa jam sehari demi kehendak watak.

“Meskipun kami mempunyai penari sebenar untuk stand-in, namun Jennifer turut menjalani latihan sebagai penat ballet sekitar tiga hingga enam jam sehari bersama New York City Ballet selama tiga bulan. Sejujurnya, saya mengenali Jennifer pada usianya yang masih muda pada ketika itu. Melihat kepada pencapaian yang sudah diraihnya ketika ini, saya dapat merasakan bahawa dia sudah menjadi seorang wanita yang usianya yang jauh lebih muda,” katanya.

Red Sparrow mengisahkan seorang penari ballet yang akhirnya bergelar perisik Rusia, Dominika Egorova yang ditugaskan untuk pengintip seorang ejen CIA, Nathanial Nash, lakonan Joel Edgerton.

Bagaimanapun, tugas yang terpaksa dilakukan Dominika itu akhirnya bertemu dengan konflik apabila masing-masing sudah mulai ada rasanya cinta sesama mereka.

The post Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa

Sekianlah artikel Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah ejen perisik wanita yang berbeza daripada biasa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/kisah-ejen-perisik-wanita-yang-berbeza.html

Subscribe to receive free email updates: