link : ‘Makrifat Cinta’ Mana Nilai Sinematik Filem Ini?
‘Makrifat Cinta’ Mana Nilai Sinematik Filem Ini?
KALENDAR 2018 sudah pun menjengah ke bulan Februari. Sehingga ke hari ini, masih belum ada filem tempatan yang dapat dilabelkan sebagai yang terbaik atau sekurang-kurangnya menyakinkan.
Jika ada sekalipun, setakat in hanyalah filem Busker yang nampaknya kurang mendapat sambutan dan meraih perhatian meluas meskipun ulasan untuk filem berkenaan rata-ratanya positif.
Barangkali ada yang akan berkata masih terlalu awal untuk penulis menghukum sinema tempatan hanya kerana 2018 baru memasuki bulan keduanya.
Tetapi, apabila menyentuh bab kualiti sesebuah filem, bukan masa dan waktu menjadi pengukurnya.
Sebaliknya, kesungguhan dan komitmen seorang pengkarya itu membikin sesebuah filem dengan nafas baharu dan segar dalam usaha untuk mengubah senario sinema tempatan ke arah lebih positif.
Tirai Februari 2018 dibuka dengan tayangan filem Makrifat Cinta yang memulakan tayangannya minggu lalu dan dibintangi oleh nama-nama popular dunia hiburan tempatan.
Jika dilihat sepintas lalu kepada posternya, penulis tidak menafikan bahawa filem yang ditulis dan diarahkan oleh Kamal G ini memiliki kuasa bintang hebat (star power) yang boleh meledakkan Makrifat Cinta di pawagam.
Namun, selepas hampir dua jam menonton Makrifat Cinta tempoh hari, penulis tercari-cari nilai sinematik filem ini di sebalik barisan pelakonnya yang sebenarnya bukan sembarangan.
Lebih mengecewakan apabila Makrifat Cinta dibikin bukan dalam acuan filem tempatan atau secara khususnya, filem Melayu apabila menyentuh tentang sudut teknikalnya.
Dalam erti kata lain, menonton Makrifat Cinta ibarat seperti menonton sebuah filem dari India tetapi menggunakan wajah Melayu. Senang cerita, ia seolah-olah sebuah filem adaptasi yang dihasilkan semata-mata untuk pasaran di negara ini.
Ini dapat diperkuatkan dengan beberapa fakta yang barangkali dapat menguatkan kenyataan penulis ini. Salah satunya yang paling ketara adalah teknik sinematografi dan suntingan yang memang cukup jelas seperti sebuah filem dari India.
Contoh yang paling tepat adalah adegan pembukaannya sudah cukup membuktikan bahawa sentuhan filem dari India itu sangat kuat.
Bermula dengan syot dari udara sehinggalah watak utamanya, Mahathir (lakonan Syamsul Yusof) keluar dari helikopter dan melangkah ke studio untuk program bual bicara bersama pengacaranya, Datuk Aznil Nawawi semuanya tidak ubah seperti menonton filem Tamil.
Ditambah pula dengan skor muziknya yang langsung tidak relevan dengan keseluruhan jalan cerita Makrifat Cinta kerana elemen muzik India yang cukup tebal menjadikan filem ini kelihatan canggung.
Secara tidak langsung, perkara pertama yang bermain di fikiran penulis adalah menonton filem India yang turut ditambah dengan elemen dramatik berlebih-lebihan seperti mana kita semua sedia maklum dalam filem-filem terbitan Kollywood dan Bollywood.
Namun, kelemahan ketara Makrifat Cinta adalah cerita dan lakon layarnya yang penulis beranggapan hanyalah sebuah cerita kitar semula yang sudah banyak kali dipersembahkan menerusi medium televisyen.
Entah mengapa juga sepanjang menonton filem Melayu pertama arahan Kamal G ini, ia seperti menonton sebuah program bersiri yang ditaja oleh syarikat korporat atau swasta dalam melunaskan tanggungjawab sosial mereka tetapi dalam versi yang panjang.
Sehubungan itu, penulis tidak merasakan impak filem ini dan perjalanan ceritanya sangat mendatar serta bersifat satu dimensi lalu ia menjadi hambar dan tawar. Tiada keistimewaan apabila memperkatakan tentang ceritanya.
Penulis tidak menafikan bahawa cerita Makrifat Cinta itu ada sisi positifnya terutama untuk mereka yang beragama Islam tetapi cara pendekatan filem ini tidak berupaya memberikan satu kuasa luar biasa dalam mengangkat karya ini ke tahap selayaknya.
Sebagai penulis dan pengarah, Kamal G lebih menumpukan kepada permasalahan yang dihadapi oleh Mahathir dalam melayari kehidupannya bersama isterinya, Zara (Nabila Huda) dan anak mereka, Aisha (Puteri Balqis).
Sedangkan, dalam masa yang sama, ceritanya turut menampilkan bagaimana Mahathir boleh menjadi seorang billionair hanya semalaman. Tetapi malangnya, cerita itu hanyalah sekadar di permukaan sahaja dan secara tidak langsung, ia kelihatan sangat tidak logik.
Adakah hanya dengan lontaran idea, membuat kertas kerja, pembentangan dan pinjaman bank terus mampu menjadikan Mahathir seorang kaya-raya? Namun, tidak pula diceritakan apakah kelulusan dan kelayakan Mahathir dan caranya mencipta aplikasi yang dikatakan telah menggemparkan dunia.
Ini kerana sepanjang masa filem ini berjalan, watak Mahathir dipaparkan hampir kebanyakan masanya di jalanan dengan beg bimbit. Disebabkan itu, jika secara logiknya, bilakah masanya dia mencuri masa untuk mencipta dan menghasilkan aplikasi tersebut?
Bukankah juga penghasilan aplikasi perlu dilakukan menerusi perisian di dalam komputer riba ataupun komputer meja? Atau mungkin proses itu berjalan sewaktu dia menghabiskan masa bersama Sofea (Nora Danish) sambil memegang kertas kerja dan ketawa di dalam pengangkutan awam ataupun sewaktu temu janji di restoran
Menyentuh tentang aspek lakonan pula, penulis sudah hilang idea dan kata-kata hendak mengulas lakonan Syamsul yang nampaknya masih lagi dalam acuan yang sama.
Sebagai seorang lelaki bernama suami dan bapa, emosinya tidak dirasai terutama apabila berhadapan dengan ujian besar. Tidak salah untuk menggambarkan watak Mahathir sebagai seorang yang tenang dalam keadaan tertentu tetapi secara logiknya, dugaan yang dihadapinya cukup besar.
Jadi, secara harafiahnya, ia perlu banyak bermain dengan emosi dan mainan jiwa. Malangnya, itu tidak wujud dalam lakonan Syamsul.
Untuk Nabila pula, penulis boleh memberikan kredit kepada lakonannya tetapi ia berada dalam tahap biasa sahaja manakala Nora pula, tiada apa yang banyak boleh diulas. Sekali imbas, watak Nora kelihatan seperti kesinambungan daripada filem Bukan Cinta Malaikat.
The post ‘Makrifat Cinta’ Mana Nilai Sinematik Filem Ini? appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel ‘Makrifat Cinta’ Mana Nilai Sinematik Filem Ini?
Anda sekarang membaca artikel ‘Makrifat Cinta’ Mana Nilai Sinematik Filem Ini? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/makrifat-cinta-mana-nilai-sinematik.html