Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor

Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor
link : Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor

Baca juga


Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor

 Tunjukkan ‘Rumah Selangorku’ yang sudah dibina, demikian cabaran UMNO Selangor terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausahanya, Datuk Johan Abd Aziz turut mengesa kerajaan negeri diterajui PKR supaya berhenti daripada terus berbohong kononnya pembinaan rumah berkenaan menjadi keutamaan mereka selepas mengumumkan pembatalan sembilan projek rumah mampu milik dengan menyalahkan pemaju.

Menurutnya, sebelum ini EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad berbohong apabila mendakwa projek Rumah Selangorku menjadi keutamaan berbanding projek lain.

“Nampaknya kerajaan negeri lebih mengutamakan projek mega yang membawa keuntungan kepada kantung mereka berbanding keperluan rakyat.

“Jadi sila nyatakan berapa banyak rumah mampu milik yang siap atau sedang dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta sila nyatakan jumlah pembeli yang berjaya?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, pembatalan sembilan projek Rumah Selangorku itu memberi gambaran kegagalan tadbir urus kerajaan Selangor di bawah pimpinan Azmin.

“Kenapa batalkan sembilan projek berkenaan, sedangkan kerajaan negeri memberikan kelonggaran kepada projek mega seperti The Lourver yang diluluskan Majlis Perbandaran Kajang walaupun terdapat bantahan kerana didakwa mempunyai unsur penyelewengan,” soal ADUN Semenyih itu.


Demikianlah Artikel Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor

Sekianlah artikel Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mana rumah mampu milik yang Azmin bina, soal UMNO Selangor dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/mana-rumah-mampu-milik-yang-azmin-bina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :