Marahi anak, Sarah pertahan tindakan

Marahi anak, Sarah pertahan tindakan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Marahi anak, Sarah pertahan tindakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Marahi anak, Sarah pertahan tindakan
link : Marahi anak, Sarah pertahan tindakan

Baca juga


Marahi anak, Sarah pertahan tindakan

KATA orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pepatah ini bermaksud ibu bapa perlulah mendidik ataupun mendisiplinkan anak-anak bermula sejak mereka masih kecil.

Dan tindakan  penyanyi, Siti Sarah Raisuddin berkongsi sebuah video dia menegur dua anaknya Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra kerana bergaduh  di laman Instagram miliknya dipuji ramai.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu meminta kedua-dua anaknya berikrar supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.

Malah tindakan itu mendapat pujian ramai netizen sehingga ada yang mengaitkan kenangan mereka dimarahi ibu bapa ketika kecil dahulu.

Bagaimanapun menerusi posting terbaru Sarah di laman Instagramnya, memaklumkan  ada yang tidak bersetuju dengan cara Sarah memarahi anak-anak.

Ada yang beranggapan Sarah terlalu kejam dalam mendidik anak-anak, serta tidak menghormati dan membuli anaknya sendiri kerana memuat naik video mereka dimarahi.

Namun sebagai ibu, Sarah berpendapat, anak-anak perlu diajar untuk mereka memahami apa yang dituturkan.

“Ada yang tak bersetuju dengan pendapat saya suruh anak saya berjanji untuk tidak bergaduh, atas alasan janji itu perkara berat bukan boleh di buat main-main dan anak sekecil itu tak faham.

“Baik ini pulak pendapat saya, sedangkan orang dewasa pun ramai yang tak faham tentang janji, ini kan lagi anak kecil.

“Anak kecil mungkin tak faham janji itu apa, tapi kita harus bagi mereka faham berkenaan janji.

“Contoh sekiranya terjadi lagi pergaduhan saya akan ingatkan anak saya tentang janji yang pernah dia buat. Jadi lama kelamaan anak itu akan faham tentang janji.

“Dalam masa yang sama mereka akan terima hukuman,” jelasnya.

Tambah Sarah, apa pun yang setiap apa yang dilakukan haruslah bermula dengan ibu dan ayah.

“Seperti saya, apa yang saya janjikan pada anak saya , saya akan kotakan. Saya tidak akan menuruti kehendak anak-anak saya hanya kerana tak nak dengar anak saya menangis dan memberikan janji-janji kosong supaya anak tidak buat perangai.

“Sekiranya saya kata tidak bermakna tidak. Anak harus didik.

“Itu pendapat saya dan hanya sekadar pendapat. Maafkan saya sekiranya menguris. Saya juga manusia biasa tidak terlepas dari membuat kesilapan,” ujarnya.

Manakala kebanyakan netizen juga bersetuju dengan pendapat Sarah.

umishliza Setujuu, those people yg ckp mcm tu xde anak ramai mcm kite, those yg anak ramai jer paham situasi u…

rosaeman Kita diajar berjanji seawal kita dalam kandungan ibu…so apa masalah… jadi diri sendiri @sitisarahraissuddin

connie_wong_mfg Saya setuju dengan cara sis dalam mendidik anak²…masa mereka kacil macam ni la senang didik & ditegur…kalau tunggu more

zuliza0403Sy Setuju kak sarah…walaupun ade org xsuka n ckp mcm2…sbg ibu kita tau ank2 kita cner

qaireez_adwa Lain org lain cara didikannya dgn ank2…sbab lain budak lain ragam dan tabiatnya…so xbole d sama kan dgn cara kita…hanya org tua mereka sndri tau prangai ank2…

The post Marahi anak, Sarah pertahan tindakan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Marahi anak, Sarah pertahan tindakan

Sekianlah artikel Marahi anak, Sarah pertahan tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Marahi anak, Sarah pertahan tindakan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/marahi-anak-sarah-pertahan-tindakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :