link : Michelle Yeoh promosi Pulau Langkawi dalam Star Trek
Michelle Yeoh promosi Pulau Langkawi dalam Star Trek
SEJAK beberapa hari lalu, petikan siri TV popular, Star Trek: Discovery menjadi tular di media sosial gara-gara satu wataknya, Kapten Philippa Georgiou menyebut nama Malaysia dan Pulau Langkawi dalam satu babak siri itu.
Watak Georgiou dilakonkan oleh pelakon terkenal Malaysia yang kini mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh.
Dialog yang menyebut tentang Malaysia dan Pulau Langkawi itu dituturkan Michelle ternyata membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dan mula berkongsi klip video tersebut di pelbagai medium media sosial.
Walaupun tidak sampai satu minit, namun ia sudah cukup meninggalkan kesan, malah mampu mempromosikan nama Malaysia di mata dunia terutamanya untuk sesetengah mereka yang tidak mengenali Malaysia sebelum ini.
Michelle yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebelum ini pernah muncul dalam beberapa filem boxoffice Hollywood seperti Tomorrow Never Dies, Kungfu Panda 2, Guardian of The Galaxy dan lain-lain.
The post Michelle Yeoh promosi Pulau Langkawi dalam Star Trek appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Michelle Yeoh promosi Pulau Langkawi dalam Star Trek
Anda sekarang membaca artikel Michelle Yeoh promosi Pulau Langkawi dalam Star Trek dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/michelle-yeoh-promosi-pulau-langkawi.html