Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli

Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli
link : Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli

Baca juga


Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli

PELAKON Mira Filzah meluahkan kebimbangan terhadap gejala buli siber yang semakin berleluasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, berkata dia khuatir jika gejala tersebut tidak dibendung dan menjadi semakin parah.

“Saya bimbang dengan gejala buli siber yang menjadi-jadi terutamanya di alam maya. Kebanyakan pembuli ini adalah adik-adik yang masih bersekolah dan usia muda.

“Ia memberi kesan kepada mangsa sehinggakan ada yang memilih jalan dengan membunuh diri. Kalau terjadi sampai tahap ini, ia sangat berbahaya.

“Lihatlah betapa bahaya implikasi yang diterima mangsa dan fikir apa yang pembuli dapat dengan melakukan perkara tidak bermoral itu?” katanya.

Sementara itu, Mira berkata sebagai selebriti dia sudah terbiasa dengan komen-komen negatif netizen yang difikirkan turut merupakan antara bentuk pembulian siber.

Menangani permasalahan tersebut, pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini memilih untuk mengabaikan mesej tersebut dan tidak terlalu memikirkan mengenai hal itu.

“Sebagai selebriti saya juga pernah menjadi mangsa buli siber dan itu perkara biasa bagi public figure. Saya anggap itu lumrah berada dalam bidang ini.

“Kebiasaannya, saya abaikan sahaja komen negatif sebegitu dan tak perlu nak berpanjangan atau berdebat dengan netizen. Biarlah mereka nak kata apa pun.

“Cumanya, kalau komen terlalu banyak sehingga menimbulkan perbalahan diantara peminat dan haters tersebut, saya perlu tamatkan ruangan tersebut. Tak mahu ia berpanjangan,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Mira Fizah kini sedang mengendalikan program Nona terbitan TV3 untuk siaran 2018.

The post Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli

Sekianlah artikel Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mira Filzah Bimbang Adik-Adik Jadi Pembuli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/mira-filzah-bimbang-adik-adik-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: