MP kecam usaha 'Si Kitul' gugat kewibawaan SPR...

MP kecam usaha 'Si Kitul' gugat kewibawaan SPR... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MP kecam usaha 'Si Kitul' gugat kewibawaan SPR..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MP kecam usaha 'Si Kitul' gugat kewibawaan SPR...
link : MP kecam usaha 'Si Kitul' gugat kewibawaan SPR...

Baca juga


MP kecam usaha 'Si Kitul' gugat kewibawaan SPR...

Gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang mahu kerajaan membenarkan kehadiran pemantau pilihanraya antarabangsa bebas semasa proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak ubah seperti sikap 'Si Kitul' yang sanggup menggadai negeri membuka pintu kota di zaman kerajaan Melayu Melaka.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, gesaan yang dibuat pakatan pembangkang itu perlu dilihat sebagai suatu bentuk ancaman kepada kedaulatan dan sistem demokrasi negara terutamanya selepas pertemuan pihak pembangkang yang diketuai Pengerusi PPBM, Tun Mahathir bersama delegasi Kesatuan Eropah  (EU) baru-baru ini.

"Tidak pernah sejak tahun 1957, negara ini didesak untuk tunduk kepada kuasa luar, termasuklah kepada EU untuk menentukan sendiri proses pilihan raya yang bersih dan adil.

"Cadangan tersebut juga secara tidak langsung merupakan penghinaan dan percubaan untuk membunuh semangat kakitangan awam di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mana jasa dan profesionalisme mereka tidak wajar dinafi serta diperlekehkan hanya kerana mahu memenuhi nafsu dan agenda tersembunyi pakatan pembangkang," katanya.

Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat sebagai mengulas kenyataan pemimpin gabungan parti pembangkang yang mahu kehadiran pemantau pilihanraya antarabangsa bebas semasa proses PRU14 jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa tiada sebarang penipuan bakal berlaku.

Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang berkata, SPR sudah mempunyai pengalaman menjalankan pilihan raya umum sebanyak 13 kali dan jelas kewibawaan SPR tidak wajar dipertikaikan sama sekali.

"Jika tidak (telus), adakah mungkin pihak pembangkang berjaya menguasai beberapa buah negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor? Adakah desakan yang dibuat mereka ini secara tidak langsung menyatakan kemenangan mereka di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor juga tidak sah?

"Sesungguhnya perjalanan pilihan raya di Malaysia dilaksanakan secara telus memandangkan kesemua calon bertanding dibenarkan melantik ejen mewakili mereka di setiap pusat dan saluran pengundian sepanjang tempoh mengundi dan kiraan undi," ujarnya.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, Malaysia tidak perlu mengundang campur tangan luar yang berselindung di sebalik topeng pemerhati dalam pilihan raya umum sepertimana desakan pembangkang.

"Rakyat Malaysia tidak mungkin lupa akan fitnah dan penipuan pembangkang dengan dakwaan 40 ribu pengundi Bangladesh dibawa masuk pada PRU yang lalu. Sesungguhnya permainan persepsi dan fitnah adalah suatu lumrah dan makanan harian pihak pembangkang.

"Rakyat Malaysia seharusnya menolak petualang negara yang memandang rendah soal kedaulatan dan maruah negara tercinta ini," katanya.


Demikianlah Artikel MP kecam usaha 'Si Kitul' gugat kewibawaan SPR...

Sekianlah artikel MP kecam usaha 'Si Kitul' gugat kewibawaan SPR... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MP kecam usaha 'Si Kitul' gugat kewibawaan SPR... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/mp-kecam-usaha-si-kitul-gugat.html

Subscribe to receive free email updates: