Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa Umrah

Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa Umrah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa Umrah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa Umrah
link : Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa Umrah

Baca juga


Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa Umrah

Persoalan itu dibangkitkan oleh Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berikutan tindakan Mukriz menipu jemaah umrah negara lain di Tanah Suci kononnya beliau orang Brunei kerana malu menjadi rakyat Malaysia.

Kata beliau, tindakan Mukhriz berbohong ketika mengerjakan umrah dan kemudian berbohong pula kononnya beliau tidak pernah berbuat demikian apabila di kecam rakyat Malaysia sangat tidak wajar.

“Setiausaha Akhbar Mukhriz, Mohd Fisol Jaafaf cepat-cepat menyebut kononnya laporan akhbar Sinar Harian tidak tepat dan kononnya kenyataan Mukhriz telah disalah petik oleh wartawan.

“Bagaimanapun, dalam dunia Internet sekarang, tidak mungkin penafian Mukhriz ini mampu meredakan keadaan kerana rakaman ucapan Mukhriz telah tersebar dan ditonton sendiri oleh rakyat Malaysia termasuk saya.

“Pengakuan ini menimbulkan tanda tanya integriti beliau sebagai pemimpin. Bagaimana mungkin seorang Islam seperti beliau berbohong dalam keadaan sedang mengerjakan umrah di Makkah,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kamarul turut mengingatkan perbuatan Mukhriz itu menandakan sikap tidak taat atau setia kepada negara yang menyalahi prinsip penting Rukun Negara iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”.

Malah, kata beliau, Perlembagaan Persekutuan menetapkan Kerajaan Persekutuan boleh melucut kewarganegaraan warga Malaysia melalui pendaftaran atau melalui penaturalisasian yang berbuat demikian.

Justeru, katanya, tindakan Mukhriz mengaku beliau bukan rakyat Malaysia sewaktu menunaikan ibadah umrah itu wajar dikutuk oleh seluruh rakyat kerana beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Secara moralnya Mukhriz wajar dengan secara sukarela melepaskan kewarganegaraan Malaysia jika beliau terus menunjukkan tidak taat atau tidak setia kepada negara,” katanya.

Tambah beliau, PPBM pula jika benar-benar serius mengamalkan prinsip Rukun Negara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan perlu mengambil tindakan tegas terhadap Mukhriz.

“Malangnya, disebabkan Pengerusi PPBM adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu bapa Mukhriz dan disebabkan Perlembagaan PPBM memperuntukkan kuasa paling besar kepada Pengerusi, bukan Presiden, maka sudah tentulah tiada sebarang tindakan pun akan dikenakan terhadap Mukhriz.

“Dan inilah masalah terbesar PPBM, iaitu kuasa terlalu besar yang ada pada Mahathir,” katanya.


Demikianlah Artikel Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa Umrah

Sekianlah artikel Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa Umrah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mukhriz Berbohong Walaupun Semasa Umrah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/mukhriz-berbohong-walaupun-semasa-umrah.html

Subscribe to receive free email updates: