link : MUKHRIZ TIDAK YAKIN DI KEDAH
MUKHRIZ TIDAK YAKIN DI KEDAH
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat tidak yakin bertanding di Kedah jika benar beliau berhasrat menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata beliau percaya tindakan itu susulan pengundi Kedah sudah mula menolak kelibat anak-beranak Tun Dr Mahathir Mohamad di negeri itu.
“Saya nak tanya dia, dah tak yakin lagi ke untuk bertanding di Kedah?
“Dalam keadaan mereka (pembangkang) yang huru-hara berebut-rebut kerusi, saya yakin Pakatan Harapan (PH) sudah tiada harapan lagi di Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai desas-desus bahawa Mukhriz akan bertanding di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Mukhriz kini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Air Hitam, Kedah sejak PRU-13.
Ditanya, adakah ia strategi Dr Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai menteri besar di Selangor, Mat Nadzari berkata, sama ada bekas menteri besar Kedah itu mahupun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kedua-duanya kini sudah tidak relevan dalam politik di negeri itu.
“Jadi, isu (siapa nak jadi) Menteri Besar tak timbul. Baik Mukhriz dengan rekod sebagai Menteri Besar elit di Kedah dulu mahupun Mohamed Azmin yang dilihat gagal mengekalkan rekod Selangor Maju seperti diisytiharkan pada zaman pentadbiran negeri ini ditadbir Barisan Nasional (BN) pada 2005 dulu.
“Kedua-dua mereka saya anggap sudah tidak relevan,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, Mohamed Azmin bukan hanya ‘racun’ kepada Dr Mahathir semata-mata, sebaliknya tindakan membawa Mukhriz bertanding di Selangor lebih kepada satu misi dan matlamat peribadi bekas perdana menteri itu.
“Dr Mahathir ini siapa tak kenal cara dia? Dia saja yang betul. Tak boleh nak ditegur apa lagi dibantah.
“Saya tak fikir ia dilakukan disebabkan Azmin menjadi racun semata-mata. Saya percaya lebih daripada itu kerana misi dan matlamat peribadi Dr Mahathir itu sendiri,” katanya.
Mat Nadzari berkata, juga menasihati Mukhriz mencuba nasib berpolitik di Amerika Syarikat (AS) ataupun United Kingdom (UK) berikutan kehidupannya yang terlalu ‘elit’ untuk masyarakat di Selangor.“Orang elit hidup cara elit… saya rasa dia boleh cuba nasib di AS atau di UK lah. Dia pun tak silap pernah cakap menyesal jadi rakyat Malaysia. Jadi layaklah dengan beliau. Bagi saya memang dia tidak sesuai untuk Malaysia,” katanya.
Ahad lalu, ketika ditanya pemberita, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, tidak menolak kemungkinan Mukhriz bertanding di Selangor dalam PRU-14 nanti.

Demikianlah Artikel MUKHRIZ TIDAK YAKIN DI KEDAH
Sekianlah artikel MUKHRIZ TIDAK YAKIN DI KEDAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MUKHRIZ TIDAK YAKIN DI KEDAH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/mukhriz-tidak-yakin-di-kedah.html