Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam

Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam
link : Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam

Baca juga


Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam

Gambar hiasan
POLIS menyiasat dakwaan seorang murid lelaki Tahun Empat sebuah sekolah rendah di Penampang bahawa tangan kanannya digigit guru sehingga lebam.

Dalam kejadian 10.25 pagi kelmarin itu, murid berusia 10 tahun terbabit mendakwa ia berlaku ketika dia menghantar kertas jawapan ke meja guru lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam daripada ibu bapa mangsa.

"Laporan dibuat berikutan pengadu mendapati kesan lebam di tangan anak sulung mereka.

"Kesan lebam terbabit disedari ketika pengadu bersama keluarga makan di sebuah restoran, di sini, dan anak lelakinya mengadu sakit di bahagian tangan kanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, selepas diperiksa oleh pengadu, dia mendapati kesan lebam dan anaknya memaklumkan ia akibat gigitan.

"Menurut mangsa, guru itu menggigit tangan kanannya ketika dia menghantar kertas jawapan di meja guru yang mengajar salah satu mata pelajaran di kelasnya pada Jumaat lalu," katanya.

Justeru, katanya, pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sumber: Harian Metro

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam

Sekianlah artikel Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Murid dakwa guru gigit tangan hingga lebam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/murid-dakwa-guru-gigit-tangan-hingga.html

Subscribe to receive free email updates: