PARLIMEN ALOR SETAR TIDAK SELAMAT LAGI BAGI PKR?

PARLIMEN ALOR SETAR TIDAK SELAMAT LAGI BAGI PKR? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PARLIMEN ALOR SETAR TIDAK SELAMAT LAGI BAGI PKR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PARLIMEN ALOR SETAR TIDAK SELAMAT LAGI BAGI PKR?
link : PARLIMEN ALOR SETAR TIDAK SELAMAT LAGI BAGI PKR?

Baca juga


PARLIMEN ALOR SETAR TIDAK SELAMAT LAGI BAGI PKR?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka meletakkan calonnya untuk mempertahankan Parlimen PKR Alor Setar pada Pilihan Raya Umum ke-14.

PKR Pusat tidak membenarkan sama sekali kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi parti itu pada PRU13 diserahkan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sama ada DAP, PAN atau PPBM.

Kemenangan Ahli ParlimenAlor Setar, Gooi Hsiao-Leung daripada PKR dengan majoriti 1,873 undi pada PRU13 bukan kerana kekuatan PKR tetapi parti itu turut mendapat sokongan PAS yang bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Faktor lain kemenangan pembangkang disebabkan undi Melayu pecah dengan kehadiran calon parti Berjasa yang mendapat 3,530 undi.

Parlimen Alor Setar mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu sebelum ini dimenangi calon BN daripada MCA Datuk Seri Chor Chee Heung (mantan Menteri Pengangutan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang mengantikan Datuk Ooi Gin Sun, bekas timbalan Menteri Kewangan.

Walaupun PKR menyandang kerusi Alor Setar, parti sekutu dalam Pakatan Harapan terutama PPBM dan DAP juga dikatakan tertarik untuk meletakkan calon.

Penduduk Alor Setar kini telah menilai prestasi ahli parlimen itu. Apakah khidmat Gooi kepada rakyat lebih baik dari ahli Parlimen BN (Chor Chee Heung).

Seperti juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Gooi juga sering ‘hilang’ di hujung minggu kerana kediamannya berada di Pulau Pinang.

Bila dekat PRU14 beliau lebih kerap ‘turun padang’ untuk jumpa rakyat dan beri bantuan.

Kini timbul persoalan adakah Gooi akan menjadi calon PKR semula bagi parlimen itu.

Pengundi Kedah tidak boleh menerima wakil rakyat yang sering pindah-randah seperti pemimpin DAP dan PKR. Mereka mahu penduduk tempatan, bukannya calon ‘payung terjun’ yang tidak memahami aspirasi rakyat setempat.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dihukum oleh rakyat Pendang pada PRU13 kerana gemar berpindah-randah setiap kali pilihan raya umum.

Walaupun Parlimen Alor Setar dikuasai pembangkang, hakikatnya yang mengambil berat hal penduduk ialah pemimpin UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.

“Gooi adalah ahli parlimen ‘ jarak jauh’ dan sekarang kerap masuk kampung Melayu. Beliau seperti cihpsmoore, sekejap ada.. sekejap tiada…” kata Syed Hafiz Syed Mustafa, penyelaras DUN Kota Darulaman.

Namun bagi penduduk Alor Setar mereka kini lebih mudah dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar.

Beliau adalah ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, iaitu DUN tunggal yang dimenangi BN di dalam Parlimen Alor Setar.

Selaku peneraju pentadbiran dan politik negeri Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO bahagian lebih dekat dengan rakyat di bandar ini berbanding Gooi.

Kedudukan Gooi juga dikatakan tidak selamat jika beliau dicalonkan semula pada PRU14.

Beliau bakal hilang sokongan rakyat terutama pengundi orang Melayu sementara keyakinan pengundi Cina terhadap BN pula dilaporkan meningkat. – Kedahnews.com


Demikianlah Artikel PARLIMEN ALOR SETAR TIDAK SELAMAT LAGI BAGI PKR?

Sekianlah artikel PARLIMEN ALOR SETAR TIDAK SELAMAT LAGI BAGI PKR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PARLIMEN ALOR SETAR TIDAK SELAMAT LAGI BAGI PKR? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/parlimen-alor-setar-tidak-selamat-lagi.html

Subscribe to receive free email updates: