PAS bertanding di Permatang Pauh....PKR Jangan Mimpi Indah Lepas Ini

PAS bertanding di Permatang Pauh....PKR Jangan Mimpi Indah Lepas Ini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS bertanding di Permatang Pauh....PKR Jangan Mimpi Indah Lepas Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS bertanding di Permatang Pauh....PKR Jangan Mimpi Indah Lepas Ini
link : PAS bertanding di Permatang Pauh....PKR Jangan Mimpi Indah Lepas Ini

Baca juga


PAS bertanding di Permatang Pauh....PKR Jangan Mimpi Indah Lepas Ini

PERMATANG PAUH: PAS mengesahkan akan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu ceramah di Kampung Kubang Semang, di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata, kerusi parlimen itu dimiliki PAS pada Pilihan Raya Umum 1978 menerusi wakilnya, Zabidi Ali.

"Ketika itu, kita tidak menang banyak kerusi di Kelantan , begitu juga di Terengganu. Namun, kita menang di Permatang Pauh. Ini adalah kerusi PAS dan kita mesti mendapatkannya semula," katanya dipetik BH Online.

Selain kerusi parlimen Permatang Pauh, PAS juga dikatakan akan meletakkan calon di kerusi DUN Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Kerusi parlimen Permatang Pauh kini wakili oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang memenanginya menerusi pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan pada Mei 2015 berikutan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

PAS bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada pilihan raya tahun 1999. Anwar mewakili parlimen itu sejak 1982 atas tiket Umno.

Pada 1999, Anwar tidak bertanding, namum, isterinya Wan Azizah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh hingga 2008, sebelum mengosongkannya pada 2009 untuk memberi peluang kepada suaminya kembali menjadi ahli parlimen kawasan itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof, berkata PAS sudah memuktamadkan calon yang akan bertanding di kerusi parlimen itu.

Beliau enggan mendedahkan butiran calon itu, namun mengesahkan calon itu berasal dari Pulau Pinang dan antara pemimpin PAS negeri.

PAS juga, katanya, sudah menyenarai pendek 20 nama untuk bertanding kerusi DUN Pulau Pinang pada pilihan raya umum kelak.


Demikianlah Artikel PAS bertanding di Permatang Pauh....PKR Jangan Mimpi Indah Lepas Ini

Sekianlah artikel PAS bertanding di Permatang Pauh....PKR Jangan Mimpi Indah Lepas Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS bertanding di Permatang Pauh....PKR Jangan Mimpi Indah Lepas Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pas-bertanding-di-permatang-pauhpkr.html

Subscribe to receive free email updates: