PAS tolak campur tangan asing dalam sistem pilihanraya

PAS tolak campur tangan asing dalam sistem pilihanraya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tolak campur tangan asing dalam sistem pilihanraya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS tolak campur tangan asing dalam sistem pilihanraya
link : PAS tolak campur tangan asing dalam sistem pilihanraya

Baca juga


PAS tolak campur tangan asing dalam sistem pilihanraya

PAS tidak bersetuju dengan langkah Pakatan Harapan mahu meminta kehadiran pemerhati dari luar negara memantau sama PRU ke14 agar ianya lebih telus lagi.

 Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria berpendapat campurtangan asing tidak diperlukan kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkemampuan menjalankan peranannya.

Katanya  soal ketelusan pihak SPR ini  “jangan perbodohkan rakyat  kerana mereka bijak menilai dan faham peranan  dan fungsi sebenar Suruhanjaya  itu selama ini dalam mengendalikan proses pilihanraya.

``PAS Perak menolak keras cadangan itu kerana ia dilihat seolah-olah mengundang campur tangan pihak asing dalam sistem politik tanah air sekaligus memperlekeh kewibawaan pihak SPR,’’ katanya kepada Agendadaily ketika dihubungi.

Haji Razman seterusnya  mengibaratkan parti-parti dalam gabungan PH sebagai menunggu `akhir hayat’ apabila menjelangnya pilihan raya nanti kerana tidak langsung mempunyai pengaruh diperingkat akar umbi kecuali DAP yang mendominasi kerusi pembangkang.

Haji Razman bagaimanapun  meminta supaya liputan kempen yang dijalankan pihak media semasa pilihan raya berjalan secara lebih telus untuk memberikan ruang kepada parti itu berkempen.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan pemimpin gabungan parti pembangkang  yang mahu kehadiran pemantau pilihanraya antarabangsa bebas semasa proses PRU14 jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa tiada sebarang penipuan bakal berlaku.


Demikianlah Artikel PAS tolak campur tangan asing dalam sistem pilihanraya

Sekianlah artikel PAS tolak campur tangan asing dalam sistem pilihanraya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS tolak campur tangan asing dalam sistem pilihanraya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pas-tolak-campur-tangan-asing-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: