link : Pemandu kereta tersepit dirempuh ketika hendak bayar tol
Pemandu kereta tersepit dirempuh ketika hendak bayar tol
Seorang pemandu kereta cedera akibat tersepit selepas kenderaannya dirempuh sebuah treler ketika sedang beratur untuk membayar tol di Plaza Tol Bukit Kemuning menghala ke Shah Alam, kira-kira jam 7.28 petang tadi.
Dalam insiden itu, selain treler, sebanyak empat buah kereta turut dilaporkan terlibat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila terdapat sebuah treler merempuh kenderaan jenis Proton Saga yang sedang beratur untuk membayar tol di situ.
Menurutnya, rempuhan kuat menyebabkan kereta itu melanggar tiga lagi kenderaan yang berada di depannya.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya pemandu kereta Proton Saga serta pemandu treler dilaporkan cedera dalam kejadian.
“Pemandu kereta yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan bomba, manakala pemandu treler hanya mengalami cedera ringan, “katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
The post Pemandu kereta tersepit dirempuh ketika hendak bayar tol appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pemandu kereta tersepit dirempuh ketika hendak bayar tol
Anda sekarang membaca artikel Pemandu kereta tersepit dirempuh ketika hendak bayar tol dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pemandu-kereta-tersepit-dirempuh-ketika.html