Pembangkang main isu secara bermusim - PM Najib

Pembangkang main isu secara bermusim - PM Najib - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang main isu secara bermusim - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang main isu secara bermusim - PM Najib
link : Pembangkang main isu secara bermusim - PM Najib

Baca juga


Pembangkang main isu secara bermusim - PM Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan pembangkang kerana menimbulkan isu secara bermusim terutamanya menjelang pilihan raya umum (PRU).

Sehubungan itu, Najib berharap rakyat di negara ini tidak termakan dengan hasutan pembangkang, kerana sebagai kerajaan, pemimpin Barisan Nasional (BN) telah dan sentiasa melakukan pelbagai pembaharuan dan transformasi untuk kebaikan semua.

Beliau seterusnya merujuk tindakan pembangkang memainkan isu di Pahang pada PRU 2013 berkaitan kewujudan kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng yang kononnya tidak selamat kepada penduduk.

PM Najib melepaskan itik untuk ditangkap peserta pesta tangkap ikan dan itik di Estet Ikan Paya Kampung Chempaka, Lanchang

"Sedangkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah sahkan ia selamat dan selepas habis pilihan raya, iaitu lima tahun, isu itu senyap dan lesu sama sekali kerana ia hanya digunakan untuk tipu kita.

Begitu juga dengan isu berkaitan blackout (bekalan elektrik terputus) di Bentong, sedangkan proses pengundian tamat selepas pukul 5 petang dan undian boleh dilakukan kerana keadaan pada masa itu masih cerah," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap pada Program Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Estet Ikan Paya Kampung Chempaka, Lanchang di sini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Perdana Menteri juga menyelar tindakan pembangkang, terutamanya tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertemu dengan beberapa wakil Kesatuan Eropah (EU) di ibu negara minggu lepas untuk membuat aduan berhubung sistem pilihan raya negara yang diamalkan selama ini.

Justeru, Najib menasihatkan rakyat untuk memeriksa kesahihan setiap berita yang dibawa pembangkang, malah konsep itu juga diterapkan dalam ajaran Islam iaitu Tabayyun supaya tidak berlaku perkara tidak adil jika sesuatu perkara dipercayai tanpa usul periksa.

Perdana Menteri seterusnya berharap masyarakat akan terus menyokong dan memberikan mandat yang besar kepada kerajaan sedia ada pada PRU14 akan datang bagi membolehkan lebih banyak program membantu rakyat dilaksanakan.

"Kita perlukan kerajaan yang kuat. Bila kerajaan kita kuat, baru kita boleh meneruskan usaha membantu rakyat. Kita boleh beri kata dua kepada sesiapa yang tidak menghormati kita," katanya.

Najib berkata demikian untuk merujuk kepada pendirian Perancis yang tidak mendiskriminasikan minyak kelapa sawit walaupun blok EU mengenakan larangan import komoditi itu ke pasaran Eropah menjelang 2021.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pertemuannya dengan Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly, baru-baru ini.


Demikianlah Artikel Pembangkang main isu secara bermusim - PM Najib

Sekianlah artikel Pembangkang main isu secara bermusim - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang main isu secara bermusim - PM Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pembangkang-main-isu-secara-bermusim-pm.html

Subscribe to receive free email updates: