Pembangkang: Politik Adalah Agama Mereka

Pembangkang: Politik Adalah Agama Mereka - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang: Politik Adalah Agama Mereka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang: Politik Adalah Agama Mereka
link : Pembangkang: Politik Adalah Agama Mereka

Baca juga


Pembangkang: Politik Adalah Agama Mereka

SEKIRANYA pembangkang benar-benar berjuang untuk rakyat dan negara, mereka akan tahu peranan dan had-had mereka berpolitik.

Dalam negara demokrasi, pembangkang adalah perlu untuk mengimbangi kuasa parti pemerintah. Mereka bertindak mengkritik dan memberi pandangan ke atas tindakan dan dasar-dasar kerajaan yang tidak elok kepada rakyat dan negara.

Tanpa pembangkang, parti pemerintah mungkin akan cenderung bertindak tanpa kawalan dan merugikan rakyat.

Matlamat mereka sepatutnya bukanlah semata-mata memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan. Ia bergantung kepada keadaan semasa. Jika melawan membuatkan parti pemerintah bertindakbalas secara negatif, pembangkang semestinya menarik diri untuk mengelak keadaan yang lebih buruk.

Atau jika usaha menukar kerajaan itu menyebabkan mereka dieksploitasi oleh orang-orang bukan Islam, mereka sepatutnya mengubah cara.

Jika anda ingin menangkap seseorang pencuri, tetapi ia merisikokan orang ramai, anda sepatutnya tahu apa yang harus diperbuat, dan bukan terus berusaha menangkapnya tanpa memikirkan kesan-kesannya kepada orang awam.

Pembangkang yang betul akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara di tempat yang teratas, walaupun ia akan menyebabkan mereka gagal meraih kekuasaan.

Matlamat mereka sepatutnya adalah sebuah negara yang lebih baik, sama ada mereka gagal menumbangkan kerajaan atau pun mereka sendiri menjadi kerajaan.

Pembangkang mesti bijaksana dan tahu meletakkan diri mereka. Rakyat dan negara mestilah menjadi keutamaan mereka.
Itu secara teorinya.

Jika mereka meletakkan matlamat utama mereka adalah menumbangkan kerajaan tanpa mengira apa juga keadaan dan kesannya, keadaan akan menjadi lebih buruk.

Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan sehingga mencipta fitnah dan tuduhan-tuduhan yang melampau, yang mengakibatkan perpecahan dan ketidakstabilan negara.

Anda boleh menentang kerajaan dan menjatuhkan mereka, tetapi anda mesti tahu tujuan sebenar anda melakukannya, iaitu untuk kebaikan rakyat dan negara. Seandainya anda melupakan perkara ini dan meletakkan tujuan anda semata-mata menjatuhkan kerajaan tanpa memikirkan akibatnya, anda sudah kehilangan matlamat. Anda sudah tidak bermoral dan menjadi haiwan politik yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam konteks Malaysia, pembangkang bukanlah berjuang untuk rakyat, tetapi untuk kepentingan diri mereka. Jika mereka berjuang untuk rakyat, mereka akan tahu had- had tindakan mereka.

Mereka menyerang kerajaan sehingga melibatkan campur tangan negara luar, mensabotaj ekonomi negara, dan menggugat perpaduan dalam kalangan rakyat. Jika benar kerajaan teruk sekalipun, pembangkang tidak sepatutnya mengheret campur tangan asing. Ia tentu akan menjerumuskan negara ke dalam keadaan yang lebih teruk.

Jadi, adakah ini untuk menyelamatkan negara? Bahkan ia memburukkan lagi keadaan.

Atas nama mahu “menyelamatkan negara”, adakah negara akan menjadi baik jika pembangkang bersekongkol dengan puak-puak yang songsang seperti LGBT, sekular, liberal, plural, atheis dan seks bebas?

Anda pernah mendengar pembangkang menentang golongan ini? Bahkan merekalah yang memberi muka kepada golongan ini atas kepentingan politik mereka untuk meraih undi.

Ketidakstabilan politik yang dicetuskan pembangkang hari ini telah diambil kesempatan oleh pelbagai pihak.

Itulah yang sedang dilakukan pembangkang hari ini. Mereka menggunakan apa saja, bersekongkol dan menerima bantuan daripada sesiapa sahaja untuk “menyelamatkan negara” dengan menumbangkan kerajaan.

Cuba fikir secara rasional, sekalipun jika benar kerajaan hari ini teruk, menumbangkan kerajaan dengan cara yang kotor seperti ini adalah seolah-olah meletakkan rakyat dalam keadaan terlepas dari mulut harimau kemudian terjerumus ke mulut buaya. Gerakan-gerakan songsang ini sebenarnya lebih merosakkan lagi pemikiran rakyat berbanding kerosakan-kerosakan kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Secara mudah, anda patut tahu menilai pembangkang daripada tindakan-tindakan mereka selama ini. Tanya diri anda, adakah mereka ikhlas berjuang untuk anda jika begini cara mereka berpolitik.

Mereka mengajar budaya ganas dan negatif dengan mengadakan demonstrasi, tunjuk perasaan dan protes.

Bahkan, ahli-ahli politik Melayu dalam pembangkang lebih mengutamakan maksud politik daripada soal agama dan bangsa mereka.

Sebagai contoh, apabila ada tokoh bukan Islam mengkritik perkara-perkara sensitif melibatkan agama Islam dan Melayu, mereka akan cuba mempertahankan tindakan itu dengan mengalihkan persoalan kepada perkara lain dan mempersoalkan kerajaan. itu semua putar-belit, walhal keadaan sebenarnya adalah mereka mempertahankan golongan
ini. Kenapa? Kerana pendirian politik mereka sama.

Politik adalah agama mereka. Mereka tidak lagi berpolitik untuk agama.

Ini adalah tidak masuk akal, bagaimana ahli-ahli politik Melayu ini lebih mengutamakan politik berbanding agama dan bangsa mereka.

Bagaimanakah anda mahu mempercayai mereka ini ikhlas berjuang untuk anda dan negara?

Bagaimana mahu diterangkan perkara ini kerana ia jelas lagi terang walaupun mereka memutar-belit ayat.

Pembangkang telah menjual agama dan bangsa mereka.

Di Malaysia, mereka bukan lagi berjuang untuk rakyat dan negara. Terimalah kenyataan ini walaupun anda tidak menyukai kerajaan.

Jadi, sebenarnya adalah mudah untuk anda menilai pembangkang. Jika anda rasional, dengan meletakkan kebencian anda kepada pemerintah di tempat yang sepatutnya, anda akan melihat sisi sebenar pembangkang.

Sekarang anda tidak dapat melihat dengan jelas watak-watak pembangkang kerana pemikiran anda lebih terarah kepada “keburukan-keburukan” parti kerajaan yang dilaungkan oleh pembangkang.

Sebaliknya, jika anda mengambil sedikit masa untuk merenung watak sebenar pembangkang, anda akan tersedar betapa bodohnya anda dieksploitasi oleh mereka.

Anda akan melihat keutamaan mereka adalah merebut kuasa, tidak kira dengan cara apa dan apa akibatnya sekalipun. Semua dakwaan mereka ke atas kerajaan hari ini, jika ia betul sekalipun, ia hanyalah dijadikan alat-alat untuk menumbangkan kerajaan.

Saya katakan ini, antaranya, apabila melihat reaksi pembangkang dalam pelbagai situasi kronik seperti serangan Lahad Datu, kehilangan MH370, tragedi MH17, dan pelbagai lagi. Pembangkang bukannya mahu bersimpati dan membantu, tetapi mereka memanipulasi semua ini untuk matlamat politik mereka, sedangkan ia suatu tragedi yang tiada kaitan dengan politik kepartian.

Mereka mempolitikkan semua ini tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan. Ini hanya antara contoh, dan anda sendiri boleh mencari sendiri contoh-contoh lain di depan mata anda.

Sebaliknya ramai yang tidak perasan perkara ini untuk menyedari betapa kotornya perjuangan pembangkang.

Ia ada di depan mata anda, tetapi anda tidak nampak.

Jadi, adakah anda fikir pembangkang boleh diharapkan memerintah negara, walaupun anda tidak dapat memadamkan kebencian anda kepada kerajaan?



Demikianlah Artikel Pembangkang: Politik Adalah Agama Mereka

Sekianlah artikel Pembangkang: Politik Adalah Agama Mereka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang: Politik Adalah Agama Mereka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pembangkang-politik-adalah-agama-mereka.html

Subscribe to receive free email updates: