PEMIKIRAN PENYOKONG PAKATAN MEMANG CETEK, KATA PSM

PEMIKIRAN PENYOKONG PAKATAN MEMANG CETEK, KATA PSM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMIKIRAN PENYOKONG PAKATAN MEMANG CETEK, KATA PSM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMIKIRAN PENYOKONG PAKATAN MEMANG CETEK, KATA PSM
link : PEMIKIRAN PENYOKONG PAKATAN MEMANG CETEK, KATA PSM

Baca juga


PEMIKIRAN PENYOKONG PAKATAN MEMANG CETEK, KATA PSM

“SERANGAN bertali arus oleh mereka yang dipercayai pro-Pakatan Harapan terhadap pihak yang sokong kempen #UndiRosak secara tidak langsung memperlihatkan sikap mereka di luar kepompong sebenar”

Penyelaras Meja Wanita dan Isu Gender Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nurhayyu Zainal berkata, serangan itu menunjukkan betapa cetek pemikiran mereka mendepani perbezaan pendapat, malah mudah menuduh kempen #UndiRosak kononnya didalangi ‘pemakan dedak’

Tegas beliau, Albert Einstein dalam satu petikan ada menyebut “The Only Thing More Dangerous Than Ignorance Is Arrogance (satu-satunya perkara yang paling berbahaya berbanding kebodohan adalah kesombongan).

“Apa yang membimbangkan, sikap angkuh pembangkang ini dicontohi oleh tentera siber dan pengikutnya yang seksis dengan lontar komentar menghina dan ‘kotor’ terhadap wanita,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Maryam yang menjalankan kempen #UndiRosak menjadi mangsa pembulian siber oleh penyokong Pakatan Harapan yang tidak bersetuju dengan kempen bodoh tersebut.

Gadis yang dituduh sebagai ejen propaganda Barisan Nasional (BN) itu antara lain digelar sebagai “pelacur”, “perempuan murahan” dan “tisu tandas”

Selain Maryam, aktivis Hafidz Baharom yang turut terlibat dalam kempen #UndiRosak juga diserang oleh penyokong Pakatan Harapan dengan artikel-artikel berunsur fitnah

Maryam bagaimanapun menafikan tuduhan penyokong Pakatan Harapan bahawa dia bekerja untuk BN. Gadis itu sebaliknya menjelaskan dirinya dan penyokong kempen #UndiRosak adalah penyokong pembangkang.

Malah, katanya, bertahun-tahun menjadi sukarelawan pembangkang dan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram jalanan di ibu negara seperti Bersih.

Bagaimanapun jelas beliau lagi, penyokong kempen #UndiRosak merasakan Pakatan Harapan sendiri telah mengabaikan prinsip-prinsip tertentu.

Nurhayyu seterusnya membangkitkan pada September tahun lalu barisan pemimpin wanita Pakatan Harapan dan sosok feminis tanah air berhimpun kononnya membantah politik toksik dan menuntut politik bersih.

“Melihat sikap pasif segelintir figur yang menghadiri perhimpunan tersebut berkenaan ancaman seksis terhadap Maryam Lee amatlah mengecewakan.

“Perjuangan isu wanita tidak seharusnya bersifat selektif atau condong kepada kepentingan politik semata. Usah jadikan isu wanita sebagai retorik politik hipokrit,” katanya.


Demikianlah Artikel PEMIKIRAN PENYOKONG PAKATAN MEMANG CETEK, KATA PSM

Sekianlah artikel PEMIKIRAN PENYOKONG PAKATAN MEMANG CETEK, KATA PSM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEMIKIRAN PENYOKONG PAKATAN MEMANG CETEK, KATA PSM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pemikiran-penyokong-pakatan-memang.html

Subscribe to receive free email updates: