PEMUDA, SRIKANDI PPBM DESAK MAHATHIR HENTI SALAHKAN ROS

PEMUDA, SRIKANDI PPBM DESAK MAHATHIR HENTI SALAHKAN ROS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMUDA, SRIKANDI PPBM DESAK MAHATHIR HENTI SALAHKAN ROS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMUDA, SRIKANDI PPBM DESAK MAHATHIR HENTI SALAHKAN ROS
link : PEMUDA, SRIKANDI PPBM DESAK MAHATHIR HENTI SALAHKAN ROS

Baca juga


PEMUDA, SRIKANDI PPBM DESAK MAHATHIR HENTI SALAHKAN ROS

Sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad berhenti menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana PPBM sendiri yang gagal mematuhi perlembagaan partinya.

Ketua Pemuda PPBM Klang, Mohd Kairol Faizal Mohd Nordin mendakwa kepemimpinan PPBM yang diterajui Dr Mahathir gagal mengikut perlembagaan parti apabila mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).
.
Dr. Mahathir mendakwa ROS tidak menjalankan tugas yang sepatutnya, tetap PPBM pernah mengakui mereka sebenarnya yang tidak mengikut peraturan yang digubal sendiri.

Beliau berkata, antaranya termasuk sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) yang tidak ada dalam perlembagaan PPBM dan pelaksanaan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu pada 30 Disember tahun lalu tanpa mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian terlebih dulu.

“AGM yang diadakan tidak mengikut perlembagaan. Contohnya Pemuda dan Srikandi tidak pernah mengadakan mesyuarat masing-masing sebelum AGM itu.

“Sepatutnya setiap cawangan dan bahagian bermesyuarat serta mengadakan pemilihan wakil ke AGM tetapi apa yang kami dapat tahu, setiap bahagian memilih lapan wakil daripada kepemimpinan tertinggi untuk ke AGM berkenaan,” katanya.

Sayap Pemuda dan Srikandi PPBM Klang turut menghantar aduan kepada ROS berhubung kegagalan PPBM mengikut perlembagaan parti kelmarin.

Selain menyalahkan ROS, Dr. Mahathir turut menuduh ada pihak lain juga berusaha menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan.

Dalam perkembangan yang sama Ketua Pemuda PPBM Kelantan, Mohamed Hilmi Che Ramli berkata, perwakilan bahagian dan cawangan yang menghadiri perhimpunan itu tidak dipilih menerusi mesyuarat di kawasan masing-masing.

“Sepatutnya buat mesyuarat di peringkat bahagian dan cawangan terlebih dahulu, kemudiannya baru laksanakan perhimpunan tahunan kebangsaan.

“Tetapi tiba-tiba buat perhimpunan dan ini jelas melanggar perlembagaan parti sendiri. Malah perwakilan yang menyertai perhimpunan bukan mewakili majoriti kepimpinan bahagian dan cawangan PPBM seluruh negara,” katanya mewakili Pemuda Kelantan dalam sidang akhbar selepas mengemukakan aduan di Ibu Pejabat ROS semalam. – Kedahnews.com


Demikianlah Artikel PEMUDA, SRIKANDI PPBM DESAK MAHATHIR HENTI SALAHKAN ROS

Sekianlah artikel PEMUDA, SRIKANDI PPBM DESAK MAHATHIR HENTI SALAHKAN ROS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEMUDA, SRIKANDI PPBM DESAK MAHATHIR HENTI SALAHKAN ROS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pemuda-srikandi-ppbm-desak-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates: