PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA BN?

PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA BN? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA BN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA BN?
link : PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA BN?

Baca juga


PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA BN?

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man ketika ditanya wartawan mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penuh yakin memberi jawapan bahawa golongan tersebut akan kembali bersama parti berkenaan.

Keyakinan tersebut dilihat agak ‘mencuit hati’ apatah lagi pengundi Cina pada PRU-11 dan 12 lalu menolak secara total BN malah boleh dikatakan di kawasan bandar dan kawasan ramai pengundi Cina, pembangkang terutama DAP menang dengan majoriti berpuluh ribu.

Namun selepas Azlan yang juga Menteri Besar Perlis memberi hujahnya, sememangnya ada asas keyakinan itu.

Kata Azlan, pengundi Cina boleh menilai sendiri prestasi kerajaan yang ada sekarang atau terus memilih pembangkang yang perjuangannya sendiri tidak mempunyai hala tuju jelas.

Ujar beliau, seluruh masyarakat sama ada Melayu, Cina dan kaum- kaum lain pastinya ingin melihat seorang pemimpin yang membawa Malaysia terus bergerak ke hadapan bukan kembali ke belakang.

Dan situasi itu terbukti, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus memacu negara ke tahap yang membanggakan pada hari ini manakala pembangkang kembali ke belakang termasuk menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Lebih tidak meyakinkan, Dr. Mahathir dikatakan hanya bakal menjadi Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan ditakdirkan menang pilihan raya.

Dalam soal memilih Perdana Menteri pun dilihat tidak serius, bagaimana hendak mentadbir negara.

Tetapi terpulang kepada masyarakat Cina untuk menilai, sama ada terus mempercayai pembohongan pembangkang yang matlamatnya hanya ingin menjatuhkan Perdana Menteri dan BN atau berubah dengan kembali bersama kerajaan. 


Demikianlah Artikel PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA BN?

Sekianlah artikel PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA BN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PENGUNDI CINA KEMBALI KEPADA BN? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/02/pengundi-cina-kembali-kepada-bn.html

Subscribe to receive free email updates: